Menteri harap AUKU dipinda segera

Oleh Utusan
Selasa, 17 Jun 2008

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi berharap Pejabat Peguam Negara menyegerakan proses pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 agar ia tidak dipolitikkan pihak tertentu.

.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata draf pindaan akta itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk dirumus sebelum ia boleh dikemukakan kepada Kabinet.

“Kami belum menerima sebarang pindaan atau komen daripada Pejabat Peguam Negara. Bagaimanapun saya harap ia boleh diselesaikan segera. Lagi cepat akta itu dipinda lebih baik kerana ia tidak akan memberi peluang kepada pihak-pihak tertentu untuk mempolitikkan pindaan itu,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini malam tadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s