Minyak: K’jaan pelawa pembangkang kerjasama

Kerajaan mempelawa pembangkang untuk bekerjasama dalam mencari jalan terbaik untuk mengatasi masalah kenaikan minyak dan mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat.

Pelawaan tersebut dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar pagi ini.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen bagi petrol, menjadi RM2.70 seliter dan RM1 bagi diesel kepada RM2.58 sen.

Ekoran itu, Jumaat lalu, Pemuda Pakatan Rakyat telah menganjurkan satu demonstrasi membantah kenaikan harga tersebut.

Kira-kira 2,000 menyertai perarakan yang bermula dari Masjid Kampung Baru, menuju ke Kompleks Sogo di ibunegara, selepas pihak polis menutup laluan ke KLCC.

Mengulas mengenai perkara itu, Syed Hamid berkata: “Saya tidak fikir anda boleh menggantikan kerajaan melalui demonstrasi”.

Manakala Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula berkata, polis akan melihat sama ada penganjur satu lagi perhimpunan besar-besar membantah kenaikan minyak, yang dijadual diadakan pada 5 Julai depan, akan memohon permit atau tidak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s