“PAS belum bincang soal undang-undang Islam di P Pinang” Guan Eng

Oleh Bernama
Selasa, 17 Jun 2008

‘PAS Pulau Pinang tidak pernah membincangkan dengan kami mengenai cadangan melaksanakan undang-undang Islam itu dan setakat ini tiada permohonan daripada mereka untuk bertemu dengan kami berhubung perkara ini,’ katanya kelmarin.

Sehubungan itu, tiada sebab mengapa perkara itu harus dibincangkannya dengan mana-mana pihak termasuk penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

‘Yang jelas, Pakatan Rakyat tidak pernah membangkitkan isu ini semasa kami hendak menubuhkan gabungan itu,’ kata Lim yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani, bahawa sayap itu kini dalam proses merangka agenda untuk melaksanakan undang-undang Islam, Siasah Syariah di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

Lim bagaimanapun berkata sebagai kerajaan negeri yang adil, ia bersedia mendengar pandangan daripada semua pihak tanpa mengira kaum, agama dan agenda politik masing-masing.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s