PAS sudah lama cadangkan muzakarah dengan Umno – Nik Aziz

Posted by SM Maulana(Harakah) – PAS sudah lama mencadang diadakan muzakarah dengan Umno bagi menyelesaikan pelbagai permasalahan yang timbul khususnya berhubung agama Islam dan orang Melayu.Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat bagaimana berkata, cadangan berkenaan tidak pernah dilayan pemimpin parti itu walaupun ia bertujuan untuk kebaikan semua pihak.Beliau diminta mengulas saranan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mencadangkan pemimpin-pemimpin Melayu tanpa mengira fahaman politik duduk semeja bagi membincangkan masalah yang dihadapi negara sekarang.Menteri Besar Kelantan itu ditemui pemberita selepas merasmikan majlis perletakan batu asas asrama kedua Maahad Muhammadi Lelaki dan Pelancaran Kelab TaHa (Lembaga Tabung Haji) peringkat negeri di sini, semalam.ImageTuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, setelah lima negeri berjaya dirampas pembangkang pada pilihan raya umum lalu, cadangan sedemikian diketengahkan semula.Menurutnya juga ekoran kuasa mutlak Barisan Nasional (BN) hilang barulah kelihatan pemimpinnya bersikap lebih lembut dengan merangka pelbagai program bagi menambat semula hati rakyat.Antaranya cadangan mengurangkan kadar bunga pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).”Sedangkan kami di Kelantan tidak mengenakan kadar bunga satu sen pun daripada pemohon pinjaman Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin). Kerajaan pusat baru nak turunkan kadar bunga.”Ini semua adalah perkara khianat terhadap agama Allah yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab khasnya pemimpin Umno dan BN,” ujarnya.Katanya juga muzakarah mesti ada asasnya untuk dibincangkan contohnya soal perpaduan, kenapa kita sesama Islam asyik bertengkar sedangkan ia bertentangan dengan prinsip Islam.Beliau berkata, pertemuan boleh diadakan dengan syarat semua pihak perlu ikhlas.”Ikhlas ni hanya ada pada PAS yang mengikut kehendak Islam sebenar dan ia tiada pada Umno. Umno tidak akan ikhlas dalam perjuangannya selagi berpegang pada ajaran nasionalis.”Kecuali parti itu kembali semula pada ajaran Islam, baru mereka faham pengertian ikhlas dari sudut Islam,” ujarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s