Pasir: Selangor mahu urus sendiri, pulangan lumayan kata Khalid

Oleh Berita Harian
Selasa, 17 Jun 2008

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menjangka dapat pulangan melebihi RM250 juta setahun dengan menguruskan sendiri sumber pasirnya daripada hanya mengeluarkan lesen dan mendapat pulangan royalti sebanyak RM20 juta setahun sebelum ini, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, kalau diuruskan dengan baik, pasir akan dapat meningkatkan hasil negeri yang akan dipulangkan kembali kepada rakyat menerusi konsep “merakyatkan ekonomi”.

Berucap pada satu perhimpunan kakitangan awam negeri di sini hari ini, beliau berkata mekanisme bagaimana kerajaan akan memulangkan keuntungan daripada hasil bumi Selangor kepada rakyat akan diumumkan Jumaat ini sempena sambutan 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

Abdul Khalid berkata, semua projek penswastaan di Selangor akan dinilai semula bagi memastikan ia benar-benar memberi kebaikan kepada penduduk negeri itu.

Beliau juga berkata walaupun Selangor kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat, ia masih mampu menarik pelabur asing, dan dalam kunjungan singkatnya ke Dubai minggu lepas, beliau menemui tujuh pelabur yang berminat bukan sahaja untuk melabur di Selangor tetapi juga di Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah yang juga diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s