Pengurus yakin Selangor ke final Piala FA

Oleh Zakaria Abdul Rahim
Selasa, 17 Jun 2008

SAYA yakin kami akan dapat mara ke perlawanan akhir Piala FA Sabtu ini walaupun kami kehilangan 2 tonggak utama kami di Separuh Akhir ke dua malam esok.

Walaupun dengan hanya berbekalkan satu gol untuk dibawak ke Kuala Terengganu, namun semangat pemain semakin tinggi dan telah berjanji untuk berusaha bermati-matian untuk mara ke final dan seterusnya menjulang Piala FA nanti.

Lebih bererti lagi, kemaraaan ke final akan lebih bermakna kerana ianya akan menempah satu tiket untuk ke Kejuaraan Piala AFC tahun depan.

Jika sekiranya Kedah turut ke final, maka kami akan mengiringi Kedah mewakili Malaysia ke AFC Cup, tetapi jika Pahang berjaya malakukan keajaiban malam esok, maka kami tiada pilihan lain melainkan menjuarai Piala FA dan seterusnya layak ke Piala AFC.

Saya telah mengarahkan jurulatih-jurulatih saya melakukan apa yang terbaik untuk memastikan semua pemain termasuk simpanan agar cergas dan sentiasa bersedia untuk bermain bila-bila masa.

Kepada pemain pula, saya tegaskan bahawa kemenangan malam esok amat penting dan jaringan gol awal amat penting. Kami rasa, Terengganu akan melancarkan serangan bertubi-tubi kearah kubu kami, tetapi barisan pertahanan kami telah bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Pemain telah diarahkan untuk mula fokus pada perlawanan esok sebaik saja kami tiba di Kuala Terengganu petang tadi.

Kami telah bersedia dengan senjata rahsia yang bakal menggegar gawang Terengganu esok. Saya berharap semua penyokong Merah Kuning mendoakan kejayaan kami dan kita akan raikannya di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Saya juga yakin dengan kemampuan Shukor Adan untuk menerajui rakan-rakannya untuk mencapai matlamat kemenangan malam esok.

Penulis merupakan pengurus bolasepak Selangor-Pengarang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s