‘Perang’ Mas-Air Asia makin rancak: Keistimewaan Tony di tarik balik

Posted by SM Maulana

KL: Malaysia Airlines telah menarik balik kemudahan diskaun tiket yang lumayan yang diberikan kepada Ketua Eksekutif Kumpulan Air Asia Datuk Tony Fernandes sejak dua tahun lepas, dengan alasan tekanan dari kesatuan sekerjanya yang tidak berpuas hati dengan pemberian hak istimewa itu.
Penarikan hak istimewa itu berkuatkuasa 1 Jun 2008.

Pengarah Urusan dan ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Idris Jalal berkata syarikat penerbangan tersebut menerima banyak surat bantahan dari pekerja mengenai pemberian kemudahan itu ketika Fernandes mengeluarkan kenyataan negatif terhadap syarikat penerbangan nasional itu.

“Kami menyediakan keistimewaan itu atas semangat persahabatan sejak 2006 selepas respon Fernandes bagi kemudahan antara syarikat penerbangan bagi penerbangan beliau di laluan antarabangsa kami walaupun AirAsia tidak mempunyai perjanjian antara syarikat penerbangan dengan Malaysia Airlines,” katanya.

Menurut amalan industri, hanya syarikat penerbangan dengan perjanjian itu akan mempertimbangkan pemberian keistimewaan kepada pekerja syarikat penerbangan.

“Sejak itu, kami menerima banyak aduan pekerja kenapa keistimewaan diberikan. Kami cuba mengenepikan kesemua kritikan itu.

“Bagaimanapun, baru-baru ini, kami sekali lagi menerima banyak surat bantahan dari ramai kakitangan mengenai kemudahan itu ketika pelbagai kenyataan negatif dibuat terhadap Malaysia Airlines.

Idris berkata berdasarkan pandangan secara bersama dan permintaan dari pelbagai pihak dalam syarikat maka pihak pengurusan telah memutuskan penarikan balik keistimewaan itu sebagai tindakan terbaik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s