Protes: Pemimpin PKR dakwa terima waran tangkap

Posted by SM Maulana
Selasa, 17 Jun 2008

KL: Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin dilaporkan telah menerima waran tangkap yang diserahkan di rumah ibu bapanya di Bukit Chedang, Seremban semalam.
“Khamis lepas saya telah mendapat panggilan telefon dari seorang pegawai Polis dari IPD Seremban yang meminta saya hadir ke IPD Seremban untuk diambil kenyataan berkenaan PROTES kenaikan harga minyak di Pasar Besar Seremban 6 Jun lepas.

“Oleh kerana tugasan yang banyak dan anak saya, Che Nur Zaima Jahida pula masuk hospital maka saya tidak ada masa untuk hadir ke IPD untuk tujuan tersebut.

“Hari ini (semalam) khabarnya melalui satu surat yang dihantar oleh anggota polis beruniform di rumah ibu bapa saya di Bukit Chedang menyatakan saya perlu serah diri ke IPD Seremban berkaitan satu laporan polis yang telah dibuat,” ujar Badrul Hisham.

Badrul Hisham dalam ulasannya menyatakan komitmennya untuk ke IPD Seremban hari ini berikutan waran tangkap tersebut.

Pada 6 Jun lalu, Badrul Hisham dan beberapa orang kepimpinan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan telah mengadakan himpunan aman bagi membantah kenaikan harga minyak di hadapan Pasar Besar Seremban.

Himpunan itu adalah respon awal kemarahan rakyat Negeri Sembilan terhadap keputusan kerajaan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menaikkan harga minyak (Petrol RM2.70 sen dan Diesel RM2.58 sen).

Ahad lalu (14 Jun 2008), satu lagi himpunan aman membantah kenaikan harga minyak diadakan di hadapan Terminal One Seremban.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s