Umno hilang upaya pertahankan Islam, kepentingan Melayu

Posted by SM MaulanaTuesday, 17 June 2008

(Harakah) – “Ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir yang lalu, Umno berusaha keras mengurangkan peranan raja-raja Melayu yang menjadi penaung dan penjaga kesucian Islam dan adat istiadat Melayu,”kata Presiden Jim, Zaid Kamaruddin kepada Harakahdaily hari ini.Menurutnya, kejadian menghina institusi kesultanan oleh penyokong-penyokong Umno yang berlaku di Terengganu dalam soal pelantikan Menteri Besar misalnya akan terus segar dalam ingatan rakyat Malaysia.Namun begitu, beliau bersetuju bahawa BN terutamanya Umno dan NGO lain pada masa ini dilihat masih berperanan untuk mempertahankan kesucian Islam mengikut garis-garis dalam Perlembagaan Persekutuan.Tambahnya, hakikat kejadian di Terengganu selepas pilihan raya yang kedua belas lalu menggambarkan Umno semakin berani meremeh-remehkan institusi raja-raja.Justeru, beliau mempersoalkan masih bolehkah rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam meletakkan harapan menggunung kepada Umno dalam soal mempertahankan kedaulatan Islam?Dan tambahnya, keadaan sebaliknya apabila prestasi Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat pula dilihat amat memberansangkan dalam usaha meninggikan kemuliaan agama Islam.Apabila ditanya tentang cadangan Senator Mumtaz Md Nawi dalam Dewan Negara baru-baru ini tentang perlunya usaha memartabatkan hakim-hakim Mahkamah Syariah supaya setanding dengan hakim-hakim Mahkamah Tinggi sekurang-kurangnya dari sudut tangga gaji, Zaid pantas menyokong cadangan.”Saya juga amat menyokong saranan dan usaha Dato‘ Dr Hasan Ali menambahkan bilangan surau di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai.”Namun, penyeragaman dari aspek kemudahan dan keselesaan perlu dititikberatkan,”tambah beliau lagi merujuk kepada usaha wakil rakyat Pakatan Rakyat itu menambah dan membangunkan surau-surau di Selangor.Peningkatan tempat-tempat ibadat orang Islam dilihat mampu untuk mendekatkan lagi masyarakat dengan Islam.Realitinya, kata beliau, rakyat ingin melihat pemerintahan oleh Pakatan Rakyat termasuklah di Kedah dan Kelantan.”Pakatan Rakyat di lima buah negeri yang dimenangi perlu mempamerkan sebenar-benar pakatan yang mewakili rakyat dan menegakkan keadilan.”Dua unsur ini dilihat mampu mengukuhkan lagi kerjasama dan keserasian pentadbiran negeri-negeri Pakatan Rakyat,” tegas beliau mengakhiri perbualan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s