Ali Rustam yakin pertemuan PM-Nik Aziz boleh diadakan

Oleh Berita Harian
Rabu, 18 Jun 2008

KL: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yakin pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat boleh diadakan bagi meleraikan kekusutan membabitkan umat Islam dan orang Melayu di negara ini.

Bagaimanapun, katanya, seperti Pas yang mahukan Umno supaya ikhlas jika mahu perbincangan itu diadakan, Pas juga perlu ikhlas.

“Jika Pas ikhlas, saya yakin pertemuan boleh diadakan… jika ada niat ikhlas, ia boleh,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Nik Aziz berkata, beliau sedia duduk semeja dengan Abdullah, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dicadangkan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk meleraikan kekusutan membabitkan orang Islam dan Melayu di negara ini.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz tidak yakin pemimpin Umno sedia berbuat demikian kerana mendakwa parti itu tidak ikhlas berbanding Pas.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar pula berkata, tidak ada masalah pertemuan Nik Abdul Aziz dan Abdullah jika Umno ikhlas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s