BN hadapi kejutan pertama?….

TERBARU (10.45 pagi): Sementara semua perhatian kini menunggu-menunggu apakah keputusan daripada sidang media yang akan diadakan oleh parti SAPP Sabah jam 2 petang Rabu, Agendadaily difahamkan oleh sumber rapat dengan parti itu, kenyataan yang bakal dibuat merupakan ‘serangan’ pertama parti itu sebelum sampai kepada tahap meninggalkan Barisan Nasional (BN). Menurut sumber berkenaan ketika dihubungi, ‘serangan’ pertama yang bakal dilancarkan oleh parti itu ialah dengan membuat kenyataan bahawa parti berkenaan telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri. ‘Serangan’ SAPP itu menurut sumber berkenaan, sebagai ujian pertama untuk melihat apakah ada parti komponen lain yang akan membuat pendirian yang sama dengannya dan pada masa yang sama ingin menunggu reaksi Perdana Menteri sendiri. Berita sebelum ini: BN hadapi kejutan pertama?…. Perhatian hari ini tentunya bertumpu ke Sabah.Ini berikutan khabar mengatakan Parti Maju Sabah (SAPP) nak adakan satu sidang akhbar di ibupejabat parti itu di Luyang Kota Kinabalu.Ikut ceritanya ia melibatkan satu kejutan.SAPP cuma sebuah parti kecil dalam komponen Barisan Nasional namun apa yang mungkin terbit dari sidang akhbar berkenaan boleh jadi berita besar. KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN LANJUT.-18/6/2008

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s