Bom Bali: Keluarga pengebom sedia kain kapan

Oleh Reuters
Rabu, 18 Jun 2008

KELUARGA dua pengebom Bali membuat persedian terakhir untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan jika kerajaan mengumumkan pelaksanaan hukuman mati dalam tempoh terdekat.

Tiga anggota kumpulan radikal, Amrozi, adiknya, Mukhlas dan Imam Samudra bakal menghadapi skuad penembak kerana peranan mereka dalam serangan bom di Bali pada 2002 yang menyebabkan 202 terbunuh termasuk pelancong asing.

“Kami sudah sediakan kain kapan dan tiga buah kereta sekiranya pihak penjara mengarahkan kami ke penjara,” kata Muhammad Chozin iaitu abang kepada Amrozi dan Mukhlas.

Ketiga-tiga banduan berkenaan ditahan di penjara Nusakambangan, Jawa Tengah manakala keluarga mereka tinggal di Jawa Barat dan Timur yang jaraknya beratus-ratus kilomter.

Para pendakwa raya Indonesia masih menunggu Mahkamah Agung untuk membuat penghakiman terhadap rayuan semakan kehakiman yang difailkan oleh ketiga-tiga banduan berkenaan.

“Itu yang kami mahukan, tetapi persediaan untuk hukuman mati sudah bermula,” kata jurucakap pejabat peguam negara, Daulat Nainggolan.

Amrozi, Mukhlas dan Imam Samudra berulang-ulang kali menyatakan bahawa mereka mahu mati syahid dan tidak akan meminta pengampunan presiden.

Indonesia tidak mengumumkan masa dan lokasi tepat tempat hukuman mati tetapi timbalan peguam negara pada bulan lepas memberitahu ia akan dilaksanakan di Jawa Tengah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s