Cabaran Khairy kepada Anwar: Letak jawatan jika BN terus berkuasa

Posted by SM Maulana
Oleh Berita Harian
Rabu, 18 Jun 2008

KL: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), jika Barisan Nasional (BN) masih berkuasa selepas 16 September ini.

Khairy berkata, beliau membuat cabaran itu kerana Anwar mendakwa kononnya BN akan kehilangan kuasa pada tarikh itu berikutan lebih 30 Ahli Parlimen BN akan melompat parti untuk menyertai Pakatan Rakyat.

“Saya mencabar Anwar meletak jawatan sebagai penasihat PKR jika BN masih berkuasa pada 17 September. Ini kerana beliau gagal menepati janjinya kepada penyokongnya,” katanya dalam blog miliknya Rembau.net.

Beliau berkata, kredibiliti Anwar di mata rakyat juga akan hancur selepas 16 September ini kerana dakwaan palsu yang dilakukannya itu.

“Adakah beliau sanggup menerima cabaran saya? Jika beliau begitu yakin bahawa lebih 30 wakil rakyat BN sudah ada dalam tangan, saya rasa cabaran saya tidak menjadi masalah bagi beliau. Saya menunggu jawapannya,” katanya.

Sebelum ini, pembangkang yang menang 82 daripada 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum lalu, mendakwa 30 Ahli Parlimen BN, kebanyakannya dari Sabah akan menyertai mereka bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Pusat dengan majoriti mudah.

Malah, Anwar turut mendakwa beberapa pemimpin MCA akan melompat parti untuk bersama mereka tidak lama lagi. Bagaimanapun, segala dakwaan Anwar sehingga kini tidak berlaku dan dinafikan ahli komponen BN.

Khairy menyifatkan usaha Anwar itu sebenarnya adalah strategi untuk menubuhkan ‘kerajaan pintu belakang’ dan rakyat Malaysia harus sedar bahawa perbuatan itu adalah penghinaan terhadap rakyat.

“Rakyat Malaysia tidak mahu institusi demokrasi diruntuhkan semata-mata kerana kerakusan Anwar yang tidak sabar untuk mencapai impian beliau menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Khairy berkata, beliau yakin majoriti rakyat Malaysia tidak setuju dengan tindakan Anwar untuk menubuhkan kerajaan yang tidak mendapat mandat pengundi.

Katanya, jika kehendak Anwar tercapai, negara akan menjadi bahan ketawa peringkat antarabangsa kerana mempunyai kerajaan yang tidak sah daripada segi moral.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s