“Jangan tunggu lama nak dapat anak” Jeanne Abdullah

Oleh Bernama
Rabu, 18 Jun 2008

KL: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Jeanne Abdullah menasihati pasangan yang belum mendapat anak selepas setahun berkahwin supaya menjalani ujian kesuburan dan tidak menunggu sehingga umur meningkat.

Beliau berkata pasangan tidak digalakkan menunggu lama kerana secara puratanya tahap kesuburan bagi wanita dan lelaki akan menurun apabila umur meningkat.

“Sebenarnya kelewatan berkahwin atau menangguhkan kehamilan akan mempunyai implikasi ke atas saiz keluarga dan kesuburan pasangan. Oleh itu pasangan disaran supaya mendapatkan rawatan setahun selepas mencuba mendapatkan zuriat,” katanya ketika merasmikan Majlis Jalinan Kasih 2008 Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Ng Yen Yen.

Program itu yang dianjurkan oleh LPPKN bertujuan mempromosikan cara hidup sihat, kaedah serta cara reproduktif yang betul dan kesuburan dalam kalangan wanita, lelaki serta keluarga Malaysia.

Jeanne berkata kini terdapat ramai lelaki dan wanita yang melewatkan perkahwinan serta menangguhkan kehamilan pertama sehingga berusia 30-an, atas pelbagai faktor termasuk ekonomi dan sosial.

Katanya hasil kajian penduduk dan keluarga Malaysia 2004 oleh LPPKN mendapati umur purata perkahwinan pertama bagi lelaki adalah lebih kurang 28 tahun dan wanita 25 tahun.

“Bagaimanapun, kini, tidak dinafikan kemajuan sains dan teknologi membolehkan pasangan yang menghadapi masalah kesuburan untuk mendapatkan zuriat antaranya menerusi Teknologi Bantuan Konsepsi seperti Permanian dalam Rahim (IUI), Bayi Tabung Uji (IVF)dan Suntikan Sperma (ICSI),” katanya lagi.

Beliau turut berbangga kerana teknologi bantuan konsepsi terdapat di Malaysia terutamanya di agensi kerajaan seperti LPPKN sejak 30 tahun lepas.

“Sehubungan itu, saya berharap kemajuan sains dan teknolgi tidak disalahguna contohnya untuk menghasilkan ‘Bayi Rekaan (Designer Baby)’ di mana ibu bapa boleh merancang jantina dan sifat fizikal bayi yang bakal dilahirkan.

“Saya difahamkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 2005 melarang sama sekali rawatan kejuruteraan genetik ke atas pra-embrio yang melibatkan pengubahsuaian semula jadi seperti rambut, kebijaksanaan, ketinggian termasuk memilih jantina, ini tentu menyalahi hukum alam, batasan agama dan etika kemanusiaan,” kata Jeanne.

Sementara itu, Dr Ng berkata pemilihan jantina dibolehkan sekiranya faktor jantina adalah berkaitan dengan suatu penyakit genetik yang serius dan boleh membawa kematian kepada anak.

Beliau berkata secara global kadar subfertiliti adalah sekitar 15 peratus dan di Malaysia pula sekitar 10-15 peratus dan ini bermaksud setiap satu dalam 10 pasangan mempunyai masalah kesuburan.

“Sejak 1979 dan sehingga kini, LPPKN telah menghasilkan 2,623 orang bayi daripada 27,000 kes melibatkan 30,000 pasangan menerusi kaedah Teknologi Bantuan Konsepsi,” katanya kepada pemberita.

Sehingga kini LPPKN mempunyai empat klinik subfertiliti iaitu di Jalan Raja Laut di ibukota, Shah Alam, Ipoh, Perak dan Johor Baharu, dengan menawarkan perkhidmatan pada harga yang berpatutan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s