Konsert: Pemuda PAS Pusat sokong Pemuda PAS Selangor

Posted by SM Maulana
Wednesday, 18 June 2008

(Harakah) – Pemuda PAS Pusat menyokong saranan Pemuda PAS Selangor dalam menyatakan bantahan pada Konsert Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, Pemuda PAS Pusat berdiri bersama pendirian Pemuda Selangor bagi memastikan konsert yang mengundang aktiviti hiburan yang tidak sesuai dengan Islam itu tidak diadakan.

“Andaikata konsert tersebut akan diteruskan, kita tidak akan teragak-agak untuk menyertai Pemuda PAS Selangor untuk menganjurkan demonstrasi bagi membantahnya,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau berharap agar kerajaan Selangor lebih memahami kehendak semasa rakyat yang ingin melihat perubahan dalam membawa kemajuan di negeri tersebut yang baru sahaja 100 hari diterajui Pakatan Rakyat.

“Kita melihat program ini berpotensi mendorong kepada keruntuhan akhlak dan moral, yang sepatutnya dielakkan penganjurannya,” ujarnya.

Jelasnya, Pakatan Rakyat seharusnya memperlihatkan kelainan dalam pendekatan pentadbirannya.

“Kita mahu lihat penampilan yang berbeza dan lebih positif yakni dengan mengelakkan jemputan artis-artis yang tidak menepati ciri-ciri hiburan menurut Islam,” katanya lagi.
Isu konsert yang membariskan Alleycat, Ella dan Mas Idayu sempena 100 hari pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat selangor pada 6 Julai akan datang di Stadium Shah Alam mencetuskan kontroversi serta bantahan pelbagai pihak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s