MCA, MIC ikrar sokong PM

Dua parti komponen terbesar Barisan Nasional – MCA dan MIC – hari ini menyatakan sokongan padu mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga pengerusi Barisan Nasional.

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting berkata, parti itu akan sentiasa menyokong perdana menteri dan BN.

Beliau mengulas pengumuman Parti Progresif Sabah (SAPP) yang akan mengemukakan usul tidak percaya kepada perdana menteri di sidang Dewan Rakyat minggu depan.

Ini adalah kali pertama terdapat sebuah parti komponen BN tidak menyokong PM.

Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee hari ini berkata dua ahli Parlimen parti itu akan menyokong usul tidak percaya terhadap perdana menteri dalam sidang Dewan Rakyat Isnin ini.

SAPP, parti politik yang majoriti anggotanya kaum Cina, satu daripada 14 parti komponen BN.

Menurut Ong lagi, ekonomi Malaysia terjejas oleh peningkatan kadar inflasi, kenaikan harga bahan bakar dan makanan.

“Negara dan rakyat Malaysia sedang melalui masa yang sungguh mencabar. Apa yang negara perlukan sekarang ialah kestabilan politik dan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Oleh itu, perkara yang penting bagi kita semua – BN dan PR – ialah menerima keputusan pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

“Keutamaan kita ialah untuk terus bekerja kuat untuk memenuhi janji-janji pilihanraya kita, memulihkan keyakinan dan kestabilan negara,” tambahnya.

Sementara itu, ketika mengulas perkara yang sama, Datuk Seri S Samy Vellu, Presiden MIC, parti politik kaum India terbesar di negara ini berkata, parti itu yang mempunyai kira-kira 630,000 ahli, akan kekal setia kepada BN dan akan terus memberikan sokongan tidak berbelah-bagi kepada perdana menteri.

“Kami akan terus bekerjasama dengan semua parti komponen BN yang menyokong dan kekal setia kepada Abdullah,” tambahnya.

Samy Vellu juga berkata, beliau telah mengarahkan tiga ahli Parlimen MIC supaya menyokong PM terutamanya di Parlimen.

“Kami tidak akan mengecewakan PM kerana beliau dipilih oleh rakyat,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s