Petang ini BN kena ‘serangan’ pertama …SAPP lepas ‘bom’ masa Anwar lawat Sabah

TERBARU: Sementara semua perhatian kini menunggu-menunggu apakah keputusan daripada sidang media yang akan diadakan oleh parti SAPP Sabah jam 2 petang Rabu, Agendadaily difahamkan oleh sumber rapat dengan parti itu, kenyataan yang bakal dibuat merupakan ‘serangan’ pertama parti itu sebelum sampai kepada tahap meninggalkan Barisan Nasional (BN).

Menurut sumber berkenaan ketika dihubungi jam 10 pagi, ‘serangan’ pertama yang bakal dilancarkan oleh parti itu ialah dengan membuat kenyataan bahawa parti berkenaan telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

‘Serangan’ SAPP itu menurut sumber berkenaan, sebagai ujian pertama untuk melihat apakah ada parti komponen lain yang akan membuat pendirian yang sama dengannya dan pada masa yang sama ingin menunggu reaksi Perdana Menteri sendiri.

Bagaimanpun sidang media petang ini tidak akan diberikan oleh Presiden parti itu Datuk Yong Teck Lee.

Dalam perkembangan yang berkaitan, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan ke Sabah, dalam waktu terdekat ini.

Lebih menarik lawatan kali ini ialah dikatakan SAPP yang melancarkan ‘serangan’ pertama hari ini akan ‘meletupkan bom besar’ di hadapan Anwar dengan mengumumkan tindakan keluar meninggalkan BN.

Bagaimanapun SAPP tidak akan menyertai pakatan pembangkang sebaliknya akan menjadi parti bebas dan hanya akan membuat keputusan menyertai pakatan yang diketuai oleh Anwar jika kerajaan baru berjaya dibentuk. – 18/6/2008

————————————–

Berita awal: BN hadapi kejutan pertama?

Perhatian hari ini tentunya bertumpu ke Sabah.Ini berikutan khabar mengatakan Parti Maju Sabah (SAPP) nak adakan satu sidang akhbar di ibupejabat parti itu di Luyang Kota Kinabalu.

Ikut ceritanya ia melibatkan satu kejutan.

SAPP cuma sebuah parti kecil dalam komponen Barisan Nasional namun apa yang mungkin terbit dari sidang akhbar berkenaan boleh jadi berita besar.Ini dalam kontek berbagai sepekulasi lepas pilihanraya 8 Mac mengenai Ahli Parlimen BN di Sabah.

Cakap-cakap yang berlegar ialah sidang akhbar itu ada kaitan dengan keputusannya tentang kedudukannyanya dalam BN.

Sehingga berita ini ditulis lewat malam Selasa kalangan pimpinan parti yang dipimpinan oleh Datuk Yong Teck Lee,bekas Ketua Menteri Sabah terus membisu mengenai tujuan sidang akhbar berkenaan.

Sumber-sumber parti itu hanya meminta tunggu saja pengumuman yang bakal dibuat.Andaian popular mengatakan SAPP akan umum keluar BN.

Bagaimanapun ada sumber lain yang rapat dengan pimpinan parti itu menduga jika itu berlaku SAPP tidak akan menyertai pakatan pembangkang.

Katanya parti itu akan kekal pada entitinya sebagai sebuah parti bebas.

Dua Ahli Parlimen parti itu Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Chua Soon Bui (Tawau).- 17/6/2008

———————————————

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s