SAPP hilang kepercayaan terhadap Abdullah, dakwa BN lewat urus isu Sabah

Oleh Bernama
Rabu, 18 Jun 2008

KK: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee hari Rabu mengisytiharkan bahawa partinya telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau mendakwa dua anggota Parlimen parti itu (Sepanggar dan Tawau) akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat Isnin ini.

Yong, yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata anggota Parlimen kawasan Sepanggar Datuk Eric Enchin Majimbun, yang kini berada di luar negara bagi tugasan rasmi, telah menyatakan pendiriannya dalam kenyataan media yang ditandatangani, manakala anggota Parlimen kawasan Tawau, Datuk Dr Chua Soon Bui juga akan membuat pendirian yang sama dalam kenyataan yang ditandatangan.

“Sama ada usul itu akan dibentangkan oleh anggota Parlimen kami atau anggota Parlimen lain, akan diputuskan mengikut keadaan,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Yong berkata Eric dijadual pulang ke Malaysia bagi menghadiri sidang Dewan Rakyat pada 23 Jun.

SAPP, sebuah parti politik kaum Cina di Sabah, adalah satu daripada 14 parti komponen Barisan Nasional (BN), yang menerajui kerajaan persekutuan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s