“Sempit sungguh fikiran Umno, seperti tempurung jantan” – Nik Aziz

Posted SM Maulana

Nyza Ayob
Wed | Jun 18, 08 | 11:06:52 am MYT

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh) – Buat julung kalinya lautan manusia yang terdiri daripada pelbagai kaum memenuhi Dataran MPAJ, Pandan Indah pada 14 Jun lalu untuk mendengar tazkirah serta amanat yang disampaikan oleh Mursyidul Am, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Majlis tersebut juga mencatat sejarah kerana berjaya menghimpunkan dua Adun dari kawasan Chempaka iaitu beliau yang juga Adun Chempaka di ImageParlimen Pengkalan Chepa dan Iskandar Abdul Samad, Adun Chempaka di Parlimen Pandan.

Selain itu majlis tersebut turut menampilkan AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pandan, Ramamoorthy sebagai penceramah. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Adun Lembah Jaya, Khassim Abdul Aziz.

Nik Abdul Aziz dalam ucapannya menekankan mengenai konsep perpaduan yang disarankan dalam agama. Beliau menceritakan, melalui pertemuannya dengan ketua-ketua agama lain di Kelantan, beliau mengingatkan mereka bahawa semua kaum berasal daripada satu keturunan yang sama yang menjamin satu ikatan persaudaraan.

“Saya menyatakan kepada mereka, oleh kerana kita semua berasal daripada keturunan Adam, kita semua bersaudara. Apabila kita menganggap kita semua bersaudara, akan timbul perasaan hormat, sayang dan kasih.

Image”Tetapi Umno meletakkan Melayu dalam satu kelompok. Bangsa Cina diletakkkan dalam satu kelompok di bawah MCA, bangsa India pula diletakkan di bawah kelompok MIC. Jadi ketiga-tiga kaum ini tidak pernah bertemu kerana diletakkan berasingan. Tetapi Islam tidak mengasingkan kaum kerana semua kaum adalah bersaudara yang merupakan asas kepada perdamaian,” katanya.

Selain itu kata Menteri Besar Kelantan ini lagi, sepanjang mentadbir Kelantan sejak 1990, beliau telah memperkenalkan tiga dasar yang diterapkan kepada semua pegawai kerajaan serta kakitangan di bawah pentadbirannya.

Katanya, pelaksanaan dasar ubudiyyah, itqan dan mas’uliyyah memudahkan semua rakyat memahami yang mana dasar berkenaan sesuai untuk semua peringkat masyarakat.

Jelasnya dasar ubudiyyah mengingatkan masyarakat yang berasal daripada pencipta. Manakala dasar Itqan (kualiti) menekankan bahawa setiap perkara dan pekerjaan yang dilakukan hendaklah dilaksanakan tanpa mengetepikan kualiti.

“Allah menyukai setiap apa yang dilakukan hambanya dengan berkualiti. Menulis, berniaga dan bertani semuanya dengan itqan. Selain itu dasar mas’uliyyah mementingkan tentang tanggung jawab yang perlu dilaksanakan. Seluruh masyarakat akan disoal suatu hari nanti tentang tanggung jawab masing-masing,” katanya.

Dalam ucapannya juga beliau menekan mendedahkan megenai kepincangan yang dilakukan oleh Barisan Nasional sepanjang beliau menerajui Kelantan, yang menyifatkan parti tersebut tidak mengamalkan konsep keadilan.

“Konsep keadilan disebut di dalam al-Quran dan konsep tersebut wujud sebelum timbulnya konsep demokrasi. Pelbagai kezaliman yang dilakukan Umno. Saya tidak suka menyebut perkara tersebut, tetapi saya terpaksa menyebutnya juga.

“Sewaktu Tun Daim Zainudin menjadi Menteri Kewangan, saya berjumpa dengannya meminta hutang ‘soft loan’ bagi melaksanakan Air Kelantan. Kami diberi RM600 juta untuk projek Air Kelantan. Semua projek air di Kelantan datang dari kerajaan pusat. Apabila sampai kepada saya, saya tidak dapat memberi projek tersebut kepada kontraktor di Kelantan kerana dikatakan di bawah pemerintahan PAS. Ini perangai Umno,” katanya.

Selain itu beliau juga melahirkan kekesalan kerana terdapat Menteri Besar di sebuah negeri mengeluarkan larangan secara terbuka dalam media agar pegawai kerajaan negeri tersebut tidak melawat Kelantan.

“Sempit sungguh fikiran Umno. Seperti tempurung jantan,” katanya yang disambut ketawa orang ramai. – mns_

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s