Adun PAS hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

Posted by SM Maulana

Write by Mohd Sabri Said
PERMATANG PAUH, 19 Jun (Hrkh) – Akibat menangguh untuk menyimpan wang ke bank akhirnya membawa padah kepada keluarga Puan Khalijah Wan Husin apabila wang hasil kerjanya di sebuah kilang di Perai sebanyak RM5.000 hangus dalam kebakaran pada tengahari Sabtu lepas.

Beliau yang berasal dari Perak ketika ditemui kini tinggal sementara di rumah Aminah Mat Isa iaitu tuan rumah sewanya, yang kebetulan tinggal bersebelahan.

Menceritakan detik-detik cemas beliau yang temani suami, Zamri Ibrahim dan anaknya Mohd Saiful Izzat 4 berkata, tiba-tiba anaknya memberitahu ada api di atas rumahnya namun beliau tidak percaya tetapi bila naik ke ruang atas rumah rupa-rupanya apa yang dinyatakan oleh anaknya betul.

Beliau terus tergamam dan cuma naik ke atas untuk mengambil apa sahaja barangan tetapi terhalang kerana terkena kejutan elektrik.

Kesemua kerugian dianggarkan RM30 ribu termasuk perkakas rumah, sebuah motosikal dan keperluan lain.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman menyampaikan sumbangan bantuan segera daripada tabung Tuan Yang Terutama (TYT) yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri menerusi Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah.

Bantuan sebanyak RM500 itu diserahkan kepada tuan rumah, Mak Cik Aminah Mat Isa dan Zamri Ibrahim sementara menunggu bantuan seterusnya daripada Pusat Urus Zakat (PUZ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut Hamdan, lazimnya bantuan segera diberikan oleh kerajaan untuk meringgankan tanggungan mangsa di samping membeli barangan keperluan asal.

“Saya bagi pihak tuan rumah dan mangsa kebakaran mengucapkan terimakasih pada kerajaan kerana menyumbangkan peruntukan segera bagi tujuan meringgankan tanggungan,” ujarnya.

Turut hadir sama dalam majlis ringkas di Kampung Permatang Tengah itu ialah Setiausaha PAS Kawasan, Ahmad Kamal Ahmad, Setiausaha PAS Cawangan Permatang Janggus, Aziz Ithnin, Ketua Dewan Muslimat PAS Permatang Pauh, Suraya Saat dan Pengerusi Masjid Permatang Janggus, Harun Mat Isa. – mr _

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s