Al-Fatihah: Ibu Annuar Musa meninggal dunia

Posted by SM Maulana

Oleh MSO
Khamis, 19 Jun 2008

IBU Annuar Musa, Hajjah Che Bidah Awang Chik telah kembali ke rahmatullah di rumahnya anaknya di Bukit Marak, Bachok kira-kira jam 10:00 pagi ini. Allahyarhamah meninggal kerana sakit tua.

Allahyarhamah lebih mesra dengan panggilan umi berusia 96 tahun meninggalkan tujuh orang anak empat perempuan dan tiga lelaki.

Annuar adalah anak yang kedua.

Jenazah Allahyarahamah akan disembahyangkan malam ini di rumah salah seorang anaknya di Bukti Marak, Bachok. Semoga Allah s.w.t mencucuhi rahmat ke atas roh arwah. Al Fatihah.

Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menziarahi jenayah ibu Annuar Musa, Allahyarhaman Hajjah Che Bidah Awang Chik yang kembali ke rahmatullah pagi ini.

Tok Guru mengucapkan takziah kepada keluarga Annuar Musa atas takdir ilahi itu dan minta bersabar dan reda. Kedatangan Nik Aziz itu tanpa disembut Annuar Musa kerana Pengerusi Kada itu dikatakan tidak ada dalam negeri sewaktu ibunya menghembuskan nafas terakhir.

Dari maklumat sumber rapat dengan Annuar, Pengerusi Umno Kelantan itu sampai sekarang ini belum ada di tanah air (Malaya) dan berada di sebuah negara jiran. Beliau dikatakan menghadapi masalah untuk pulang kerana tidak ada penerbangan segera.

Dipercayai satu usaha dilakukan pihak tertentu untuk menghantar pesawat khas (helikokter) untuk membawa bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar itu pulang ke Kota Bharu bagi mengziarahi jenayah ibunya.

Ketika ibunya menghembuskan nafas terakhir Pengerusi Kada itu berada di sebuah bandar di negara jiran. Tidak diketahui pula bila bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar itu meninggalkan tanah air.

Menurut sumber rapat dengan Annuar, beliau (Annuar) menghadapi masalah untuk pulang segera kerana masalah penerbangan. Satu usaha dilakukan pihak tertentu untuk membawa Annuar pulang ke Malaya. Sebuah helikopter akan diterbangkan khas bagi membawa balik Annuar.

Jenazah Hajjah Che Bidan Awang Chik 96 akan disembahyangkan malam ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s