BN sepakat kutuk kenyataan Presiden SAPP

Oleh Utusan
Khamis, 19 Jun 2008

KL: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, bentuk tindakan terhadap Parti Maju Sabah (SAPP) hanya akan diputuskan selepas mendengar penjelasan daripada Presidennya, Datuk Yong Teck Lee.

Beliau berkata, mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang bersidang di sini hari ini juga sebulat suara mengutuk kenyataan Teck Lee yang secara terbuka menyatakan parti itu hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Dewan Tertinggi BN menganggap kenyataan Teck Lee itu sebagai tidak berprinsip dan tidak beretika,’’ kata Tengku Adnan kepada pemberita di sini.

Menurut beliau, mesyuarat Dewan Tertinggi BN itu juga memutuskan untuk mengarahkan semua Ahli Parlimen BN hadir sepanjang masa pada sidang Dewan Rakyat bermula Isnin ini dan menolak sebarang usul udi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s