Debat: Badrul berdepan Rahim Tamby Chik di Astro malam ini

Posted by SM Maulana

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Hrkh) – Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Badrul Hisham Shaharin dilaporkan akan berdebat dengan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik di saluran Astro Awani jam 8.30 malam ini.

Menurut Badrul Hisham, beliau mendapat satu jemputan untuk muncul dalam program debat 30 min yang bertajuk ‘Sudut Pandang’ yang akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Awani (saluran 501), jam 8.30 malam ini (19 Jun 2008).

Rancangan yang dikendalikan oleh pengacara, Kamarul Baharin Haron ini dijangka akan menampilkan Rahim yang juga bekas Ketua Pemuda Umno, dalam membincangkan persoalan ekonomi Melayu.

“Nantikan kemunculannya. Bagi sesiapa yang mahu berkongsi hujah boleh terus email kepada saya di chegubard@gmail.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya ,” kata Badrul Hisham. – mns_

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s