Ekpedisi Pakatan Rakyat ke Pulau Pisang

Posted by SM Maulana

Seramai 30 orang, termasuk pemimpin PAS, PKR dan DAP serta enam ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat akan menyertai expedisi memacak bendera Malaysia di Pulau Pisang dan Pulau Merambong Sabtu ini.

Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman berkata, ekspedisi tersebut diadakan untuk mempertegaskan pendirian Pakatan Rakyat dalam mempertahankan kedaulatan Pulau Pisang dan Pulau Merambang yang dibimbangi akan senasib dengan Pulau Batu Putih.

“Meskipun Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman memberi jaminan bahawa Pulau Pisang adalah hak Malaysia, tetapi ianya tidak mutlak kerana itulah juga jaminan yang pernah diungkap oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin (ketika menjadi menteri besar dahulu) pada 1992 mengenai masa depan Pulau Batu Putih.

Ekspedisi ini adalah sebahagian daripada “Kempen Selamatkan Johor” anjuran Pakatan Rakyat, untuk memberi kesedaran kepada kerajaan dan rakyat agar patriotik dalam soal kedaulatan negara.

“Terlepasnya Pulau Batu Putih kepada Singapura adalah tragedi malang yang memberi banyak pengajaran agar kerajaan tidak boleh cuai dalam perkara yang begitu penting,” katanya.

Pada 23 Mei lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura manakala Terumbu Karang Tengah milik Malaysia.
Mahkamah itu juga menetapkan bahawa Terumbu Karang Selatan pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia berada.

Dalam perkembangan lain, badan perhubungan PAS Johor mendesak kerajaan supaya mengkaji semula penyertaan Singapura dalam Iskandar Malaysia.

Ianya termasuk isu kewujud Zon Akses Bebas, Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-Singapura, Tawaran Pakej Insentif dan Sokongan, pengecualian cukai korporat selama 10 tahun dan lain-lain persefahaman Malaysia-Singapura yang dikhuatiri menjadi agenda ‘Israel Asia’ dalam menjajah negeri Johor.

PAS Johor menyokong sepenuhnya jika enam Adun Pakatan Rakyat membawa usul tergempar mengenai penyertaan Singapura dalam Iskandar Malaysia di sidang Dewan Undangan Negeri Johor yang bermula hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s