Ekspedisi pacak bendera di P. Pisang dan P. Merambong

Posted by SM Maulana

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Hrkh) – Pakatan Rakyat Negeri Johor akan mengadakan ekspedisi memacak bendera Malaysia di Pulau Pisang dan Pulau Merambong pada Sabtu, 21 Jun ini.

Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman berkata, ekspedisi tersebut akan diketuai Pesuruhjaya PAS, Johor, Dato’ Dr Mahfodz MUhamed.

Katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, seramai 30 perserta akan menyertai rombongan tersebut bersama enam Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat.

Rombongan tersebut katanya akan bertolak dari Jeti Pontian Besar, jam 8.30 pagi hari berkenaan.

Beliau berkata, tujuan ekspedisi itu adalah menyatakan pendirian Pakatan Rakyat dalam pertahankan kedaulatan Pulau Pisang dan Pulau Merambong yang dibimbangi akan senasib dengan Pulau Batu Putih.

Katanya, meskipun Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman memberi jaminan bahawa Pulau Pisang adalah hak Malaysia, namun ia bukan mutlak kerana begitu juga jaminan yang pernah diungkap bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tahun 1992 mengenai masa depan Pulau Batu Puteh.

“Ekspedisi ini adalah sebahagian daripada ‘kempen selamatkan Johor’ anjuran Pakatan Rakyat negeri Johor untuk memberi kesedaran kepada kerajaan dan orang ramai agar patriotik dalam kedaulatan negara.

“Terlepasnya Pulau Batu Puteh kepada Singapura adalah tragedi malang yang memberi banyak pengajaran agar kerajaan tidak boleh cuai dan diharapkan kerajaan tidak cuai lagi” katanya.

Dalam pada itu katanya, Badan Perhubungan PAS negeri Johor mendesak kerajaan mengkaji semula penyertaan Singapura dalam Iskandar Malaysia.

“Termasuk juga isu kewujudan Fee Access Zone, Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia – Singapura, Tawaran Pakej Insentif dan Sokongan, pengecualian cukai korporat selama 10 tahun dan lain-lain persefahaman Malaysia Singapura yang dikhuatiri menjadi agenda ‘Israel Asia’ dalam menjajah Johor,” dakwanya. – mns_

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s