ISA: Lanjutan tahanan Mat Sah tidak lunturkan perjuangan isteri

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Hrkh) – Keputusan melanjutkan dua tahun penahanan Mat Sah Satray di bawah ISA tidak sesekali melunturkan semangat isterinya, Norlaila Othman untuk meneruskan perjuangan menentang akta zalim tersebut.

Norlaila, yang juga Pengarah Kempen Bebaskan Tahanan Enam Tahun ISA, berkata keputusan KDN menambah dua tahun lagi penahanan suaminya adalah satu keputusan yang diterimanya dengan reda.

Biarpun lanjutan itu menjadikan beliau sekeluarga terus terpisah, namun ia tidak menjadi alasan untuk berhenti dari perjuangannya.

Sementara itu, Bendahari GMI, Nashitah Mohamad, dalam responsnya berhubung lanjutan Mat Sah, berkata pihak penguasa memang tidak berniat untuk membebaskan semua tahanan ISA dan memperbaiki demokrasi di negara ini.

Bagaimanapun, katanya dengan keputusan tersebut GMI perlu menggiatkan lagi siri kempen penerangan kepada rakyat agar rakyat bangkit bagi memberi tekanan kepada pemerintah.

“Nampaknya, GMI perlu memperhebatkan lagi kempen-kempen GMI dalam usaha membebaskan semua tahanan ISA serta Kemta ditutup,” tegas beliau yang dihubungi Harakahdaily.

Ditanya tentang keadaan Norlaila, yang juga merupakan sahabat baiknya, Nashitah berkata beliau akan terus bersama-sama Norlaila dalam memperjuangkan isu ISA ini sehingga ia dimansuhkan.

“Sebagai sahabat yang sama-sama berada di dalam perjuangan, tiada perkataan sabar diucapkan. Orang yang berjuang tidak akan keluar perkataan macam tu (sabar), tetapi meyakinkan beliau bahawa perjuangan ini perlu diteruskan dengan sehebat-hebatnya,” tegas Nashitah.

Sementara itu, Adun Teja, Chang Lih Kang, berkata lanjutan itu memang zalim memandangkan Mat Sah sudah ditahan selama enam tahun, dan sewajarnya dibebaskan kerana tiada bukti kukuh.

“Sudah enam tahu Mat Sah ditahan. Sepatutnya sudah cukup bukti untuk mendakwa beliau. Tetapi kenapa masih ditahan? Ini kerana tiada satu bukti yang dapat disabitkan kepada beliau,” kata beliau.

Lih Kang, yang juga jawatankuasa GMI Perak menegaskan beliau kagum dengan semangat yang ditunjukkan Norlaila dalam hal memperjuangkan hak suami dan semua tahanan.

Katanya, tidak ramai isteri tahanan yang memiliki semangat seperti Norlaila yang sanggup mengorbankan segala tenaga, masa dengan memilih menyertai program-program GMI.

“Saya berjanji bahawa saya akan terus berjuang bersama Norlaila, sama ada saya bergelar YB atau tidak YB. Saya juga yakin Norlaila tidak akan mudah lemah semangat dengan keputusan ini,” tegas beliau. – mns_

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s