Isu SAPP: BN adakan mesyuarat tergempar

Posted by SM Maulana

Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat tergempar petang ini untuk membincangkan tindakan Parti Progresif Sabah (SAPP) untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri.Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Dunia Putraja pada jam 2.30 petang ini.Abdullah baru tiba, diikuti oleh hampir kesemua ketua-ketua parti komponen BN dan timbalan masing-masing.Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang juga timbalan pengerusi BN, tidak hadir kerana berada di luar negara.Presiden PPP, Datuk M Kayveas, juga tidak hadir kerana dipercayai berada di luar negara.Agenda utamanya ialah mengenai tindakan yang bakal diambil terhadap SAPP yang dianggap telah mengkhianati BN.Semalam SAPP mengumumkan parti itu telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah dan akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri apabila sidang Parlimen bersambung esok.SAPP mempunyai dua ahli Parlimen – Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawai) dan Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) – dan empat ahli dewan udangan negeri (Adun).”BN mempunyai 14 anggota parti komponen termasuk SAPP.Usaha tarik MPPemimpin parti komponen BN lain dijangka mendesak dalam mesyuarat hari ini supaya SAPP disingkir dari gabungan tersebut.Semalam, tiga parti komponen utama BN – MCA, MIC dan Gerakan – telah menyuarakan sokongan padu mereka kepada kepimpinan Abdullah.BN bermesyuarat hari ini di tengah-tengah usaha Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik ahli Parlimen BN untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi menubuhkan kerajaan baru.Sementara itu, AFP memetik Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai berkata, keputusan untuk mengadakan mesyuarat BN hari ini diputuskan malam tadi, selepas pengumuman yang dibuat oleh SAPP.”Kita berbincang, tentunya, mengenai keputusan SAPP untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap perdana menteri,” katanya sambil menambah bahawa tindakan parti itu telah memberi gambaran yang mengelirukan.Beliau juga mengecam Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan berkata anggota komponen BN yang lain “akan bersatu di belakang Abdullah” dalam mesyuarat yang dihadiri oleh sekurang-kurangnya 44 pemimpin BN.Muhammad berkata, Yong sepatutnya menggunakan forum dalam BN untuk menyuarakan rasa tidak puashatinya, dan bukannya mengumumkannya melalui media.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s