Keputusan SAPP tidak sebulat suara?

Posted by SM Maulana

Keputusan Parti Progresif Sabah (SAPP) untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap perdana menteri dipercayai bukan keputusan sebulat suara pucuk pimpinannya.Timbalan Presiden, Raymond Tan – yang tidak hadir dalam sidang akhbar ketika Presidennya, Datuk Yong Teck Lee mengenai perkara tersebut semalam – berkata beliau “keliru dan malu” dengan tindakan SAPP itu.Katanya, perkara tersebut tidak dibincangkan dalam majlis tertinggi parti dan mendakwa ia adalah tindakan Yong sendiri.Raymond berkata adalah tidak elok bagi parti tersebut bertindak sedemikian memandangkan Abdullah juga merupakan pengerusi BN.Beliau menyifatkannya sebagai satu tindakan yang tidak menghormati perdana menteri.Raymond adalah timbalan ketua menteri Sabah dan menteri infrastruktur negeri.Keempat-empat ahli dewan undangan negeri (Adun) SAPP tidak hadir di sidang akhbar tersebut.SAPP juga mempunyai dua ahli Parlimen – Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau) dan Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar).SAPP akan mengadakan mesyuarat majlis tertingginya esok untuk memutuskan sama ada ia akan kekal atau keluar dari BN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s