Kerajaan Pakatan Rakyat Perak genap 100 hari

Posted by SM Maulana

Write by Ekmal Yusof

IPOH, 18 Jun (Hrkh) Menteri Besar Perak, Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengisytiharkan bahawa usia Kerajaan Pakatan Rakyat sudah memasuki 100 hari semalam.

Namun demikian dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Menteri Besar di sini semalam beliau berkata, bahawa jika mengikut tarikh angkat sumpah Menteri Besar dan Ahli Majlis Kerajaan Negeri Perak (Exco) di Istana Iskandariah pada 17 Mac lalu, kerajaan negeri itu baru berusia 90 hari.

“Kalau hendak dikira genap 100 hari, ianya pada awal Julai nanti. Walau bagaimanapun hari ini merupakan sambutan simbolik 100 hari tertubuhnya kerajaan Pakatan Rakayat ini,” katanya kepada semua wakil media kecuali Utusan Melayu.

Beliau memberitahu, kerajaan negeri akan mengadakan sidang akhbar lain tepat 100 hari pemerintahan pada awal bulan depan.

Dalam penerangan mengenai pembangunan kerajaannya, beliau menyatakan bahawa rakyat Perak tidak perlu bimbang mengenai keadaan ekonomi dan pembangunan negeri Perak kerana kerajaan mempunyai wang tunai bagi tujuan tersebut.

Beliau menyatakan, wang berkenaan itu adalah dari sumber cukai rakyat dan dari hasil pendapatan pelaburan luar dan dalam negeri.

Untuk itu tegasnya, Kerajaan Perak mampu melaksanakan pembangunan untuk rakyat dan bantuan kepada golongan miskin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s