KM buat lawatan mengejut, betulkan kesilapan

Posted by SM Maulana

Write by Mohd Sabri Said

GEORGETOWN, 19 Jun (Hrkh) – Pejabat Daerah Timur Laut dan Pejabat Daerah Barat Daya dikejutkan dengan lawatan mengejut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berikutan masalah kesilapan borang semakan pemberi milik yang diberikan melalui kedua-dua pejabat berkenaan.

Lim yang pada mulanya ke Pejabat Daerah Barat Daya di tingkat 51 membuat kenyataan kesilapan itu di Pejabat Daerah Timur Laut di tingkat 50 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) kemudiannya, setelah berbincang kira-kira 15 minit dengan kedua-dua jabatan berkenaan.

Menurutnya, aduan kesilapan itu diberikan oleh peguam dan individu yang tahu mengenai kesalahan membabitkan borang pemilik dan kerajaan cuba bertindak segera untuk memperbetulkan kesilapan tersebut demi kesenangan rakyat keseluruhannya.

“Saya akui kerajaan melakukan kesilapan tetapi kita cepat-cepat memperbetulkanya. Tujuan saya buat lawatan hari ini ialah untuk memastikan rakyat tidak terkeliru dengan perubahan polisi pegangan tanah,” jelasnya.

Turut sama dalam sidang media itu ialah Pengarah Tanah dan Galian Negeri, dan Penolong Pengarah Tanah dan Galian Timur Laut, Mohd Noor Rejab.

Katanya lagi, mana-mana individu yang telah mengambil borang diharap mengembalikan borang berkenaan ke Peajabat Daerah masing-masing dengan mengambil borang baru yang diperbetulkan.

Setakat ini lebih 100 borang telah dikeluarkan oleh kedua-dua pejabat berkenaan.

Borang 12 A dan jadual 1 boleh diperbetulkan dengan memulangkan borang itu semula dengan permohonan baru beserta dua salinan borang 1 dan empat set borang 12 A dan dua salinan plan lokasi.

Tegasnya, sebagai kerajaan yang mengamalkan sikap berpasukan, bertanggung jawab, telus dan adil ia akan diatasi segera kerana sebelum ini terdapat kesilapan pemberian borang yang salah, borang tidak lengkap dan maklumat lain daripada yang diinginkan.

Setiap permohonan dikenakan bayaran RM100.00 selepas membuat lanjutan RM100.00 dan bayaran plan lokasi RM20.00 menjadikan semua kos berjumlah RM220.00.

Baru-baru ini Lim dalam kenyataan media sebelum 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat mengisytiharkan perubahan terhadap polisi memanjangkan tempoh pegangan tanah di mana tanah industri dan komersil ditetapkan 99 tahun manakala tanah-tanah kediaman boleh memohon kepada pegangan kekal.

Jesteru, kepada individu yang telah mengambil borang yang salah boleh datang sendiri atau menelefon terlebih dahulu Pejabat Tanah dan Galian Barat Daya di talian 04-2615459 atau ke Pejabat Daerah Timur Laut di talian 04-6505327. – mns_

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s