Lebih 5,000 tandatangan desak PM turun harga minyak

Posted by SM Maulana

Write by Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Hrkh) – Sejumlah 5,472 orang ramai menandatangani petisyen mendesak agar kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berhenti memperbodohkan rakyat dengan memanipulasi harga minyak demi menguntungkan segelintir pihak.

Petisyen yang dilancarkan Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) dilihat mendapat sambutan yang amat menggalakkan di mana orang ramai masih merasa kecewa dan tidak yakin dengan pengurusan kewangan yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Geramm, sebuah organisasi yang menyuarakan keluhan rakyat yang diterajui anak muda dan disertai Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Dewan Pemuda PAS Pusat, Pemuda Sosialis DAP, dan IKRAR menyatakan bantahan ke atas penindasan dan manipulasi kenaikan harga minyak yang dilakukan oleh kerajaan tanpa memikirkan apa yang telah dibelanjakan secara boros oleh kerajaan.

Sebelum ini Penasihat KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim turut menandatangani petisyen tersebut di samping memberi sokongan penuh terhadap kempen ini.

Kempen ini difahamkan akan diteruskan ke pasar malam, pasar tani, Masjid, Kuil mahupun Gereja demi memastikan mobilisasi perhimpunan sejuta Rakyat di KL berjaya termasuk mendesak kerajaan menurunkan harga minyak ke aras yang mampu diterima oleh akal rakyat.

Difahamkan Geramm akan mengadakan siri demostrasi pada 20 dan 21 Jun 2008 di beberapa lokasi di Selangor, Terengganu dan Plaza tol seterusnya menganjurkan siri ceramah bagi memberi penjelasan kepada rakyat tentang kenaikan harga minyak yang membebankan.

Keterangan lanjut boleh diperolehi di http://www.geramm.org – mns _

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s