Lima MB meraikan 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat Selangor

SHAH ALAM, 18 Jun (Hrkh) – Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang dan lima menteri besar serta ketua menteri pemerintah negeri pakatan rakyat akan membuat ucapan khas dalam perhimpunan rakyat sempena sambutan 100 hari pentadbiran kerajaan pakatan rakyat negeri Selangor di Stadium Utama, Shah Alam, Jumaat ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka menyampaikan ucapan utama dalam program bermula selepas solat maghrib dan solat hajat.

Ketua Umum KeADILan, Presiden PAS dan Penasihat DAP itu serta empat lagi pemimpin negeri iaitu Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Perak dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng atau wakil masing-masing dijadualkan akan menyampaikan pidato.

Orang ramai juga boleh menghadiri stadium Shah Alam di sebelah siang hari sambutan pada 20 Jun itu kerana pameran dan expo dibuka pada pukul 9 pagi.

Antara program yang dijalankan; pameran 100 hari kerajaan baru Selangor, pameran anak-anak syarikat kerajaan negeri Selangor, gerai jualan, solat maghrib berjamaah dan solat hajat serta munajat.

Persembahan nasyid dan kebudayaan antara kaum, ucaptama menteri besar dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Seluruh rakyat amat dialukan kehadiran untuk bersama mendengar amanat pemimpin negeri dan pemimpin pakatan rakyat dengan pelbagai maklumat dan perkembangan terkini._SH_

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s