MP Pakatan mahu DBKL tangguh roboh gerai dan setinggan

Posted by SM Maulana

Harakahdaily

Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 masih lagi di peringkat perbincangan dan menuntut pandangan dari seluruh rakyat.

Kami berterima kasih atas tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang menerima pandangan kami untuk bersetuju memanjangkan sesi pendengaran awam hingga 31 Ogos 2008.

Sehubungan dengan itu kami selaku ahli Parlimen yang mewakili seluruh rakyat Kuala Lumpur berharap agar pihak DBKL menangguhkan dahulu sebarang operasi penguatkuasaan seperti perobohan gerai penjaja dan juga kawasan kediaman yang diklasifikasikan sebagai setinggan sehinggalah Pelan berkenaan digazetkan dengan mengambil kira pandangan semua pihak.

Pada masa ini kami menerima banyak aduan dari penjaja dan juga rakyat yang tidak berpuashati dengan operasi yang dilakukan oleh DBKL yang menyebabkan mereka mengalami banyak kerugian. Diharapkan pihak DBKL memberikan mereka peluang untuk turut serta dalam memberikan pandangan alternatif terhadap masalah mereka dan mencari jalan penyelesaian untuk diselaraskan dengan Pelan yang bakal digazetkan.

Walaubagaimana pun, cadangan ini tidak meliputi operasi yang melibatkan Pendatang Tanpa Izin yang berniaga secara haram atau tinggal melebihi dari tempoh yang dibenarkan.

Diharapkan DBKL dapat mengambil sikap yang lebih prihatin dalam melayani sebarang permasalahan yang ditimbulkan agar pembangunan yang dicadangkan memenuhi aspirasi rakyat dan tidak memberikan kesan buruk pada rakyat, alam sekitar dan generasi yang akan datang.

Sekian. Terima Kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s