Salahuddin akan bentang usul kenaikan harga minyak di Parlimen

Posted by SM Maulana

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Hrkh) – Ketua Whip PAS di Parlimen, Salahuddin Ayub akan mengemukakan usul mengenai kenaikan harga minyak dalam sesi Parlimen akan datang.

Dalam usul yang difakskan kepada Harakhdaily itu beliau menyatakan kenaikan harga minyak setinggi 41 peratus yang diumumkan kerajaan itu tidak pernah berlaku di negara ini dan diumumkan secara mengejut, sedangkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyebut harga minyak tidak akan dinaikkan sehingga Ogos.

Katanya, kenaikan harga minyak ini dibuat dalam keadaan rakyat tidak membuat persediaan untuk menghadapi kenaikan harga minyak dengan mendadak.

Sehubungan itu katanya, kesan daripada tiadanya persediaan tersebut, ia menjadi kenaikan harga berantai dan membentuk tekanan inflasi yang amat ketara.

Jelasnya, dengan kenaikan harga bahan api, harga barangan pengguna dan perkhidmatan turut mengalami isu yang sama. Kos pengangkutan awam sama ada bas, teksi atau lori pengangkut barang telah meningkat.

“Kita tidak dapat menolak kehendak peniaga untuk menaikkan harga barang kerana peningkatan kos ini. Adalah suatu yang dangkal untuk kita bertegas supaya tambang kenderaan awam tidak dinaikkan atau harga barangan dan perkhidmatan tidak boleh dinaikkan.

“Mahu tidak mahu rakyat terpaksa menerima hakikat bahawa kos kehidupan mereka telah meningkat lebih 30 peratus ekoran kenaikan harga minyak ini,” katanya.

Sementara itu Salahuddin menegaskan, kerajaan telah mengambil sikap untuk tidak melayan permohonan gaji minimum oleh rakyat sedangkan kos hidup mereka lebih tinggi berbanding dahulu.

Katanya, dengan keadaan seperti itu, peningkatan kadar kemiskinan akan bertambah dengan mendadak di mana pendapatan RM1,000 tidak lagi dianggap miskin bahkan fakir bagi penduduk bandar.

Tambahnya dengan pendapatan RM1,000, kemungkinan besar rakyat yang berpendapatan RM1000 tidak dapat mengakses pendidikan dengan berkesan. Dengan ini katanya, generasi muda akan lebih terdedah kepada gejala sosial tekanan inflasi ini, manakala orang dewasa akan menghadapi tekanan emosi dan jiwa.

Keadaan ini katanya, amat berbahaya bagi sebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia.

Justeru katanya, kesan kenaikan harga minyak adalah perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu dirundingkan segera. – mns_

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s