TMB pengerusikan mesyuarat Exco Kelantan hari ini

Salmah Mat Husain
Wed | Jun 18, 08 | 4:51:49 pm MYT

KOTA BHARU, 18 Jun (Hrkh) – Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri biar pun masih lagi bercuti, akibat serangan jantung, Mei lalu.

Ketika ditemui selepas itu beliau kelihatan ceria berinteraksi dengan wakil-wakil media, walaupun kelihatan agak keletihan.

Ketika ditanya berhubung kesihatannya, beliau mengakui keadaannya semakin pulih, namun masih perlu berehat.

Alhamdulillah, setakat ini kesihatan saya semakin baiklah, bagaimanapun saya perlu berehat lagi.

Image Dalam masa yang sama saya juga perlu mendapat rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, ujarnya di Kota Darulnaim di sini.

Pada awal pagi 24 Mei lalu Ahmad dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) selepas mengadu sakit di bahagian dada. Ekoran itu beliau ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU).

Beliau juga menjalani rawatan coronary angiogram di hospital berkenaan. Ahmad dirawat di HUSM hampir seminggu, sebelum pulang ke rumah di Alor Pasir, Wakaf Bharu, Tumpat. Doktor memberi cuti sakit sehingga 26 Jun ini.

Kehadirannya hari ini bagi mempengerusikan mesyuarat Exco bagi menggantikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ada urusan lain di Kuala Lumpur.

Mesyuarat Exco kerajaan Kelantan tidak diadakan beberapa minggu disebabkan Ahmad cuti sakit, manakala Menteri Besar pula menunaikan ibadat umrah di Makkah. Beliau pulang ke tanah air pada 10 Jun lalu. – mj _

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s