Tony Pua: PGK tidak masuk akal…

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata perbezaan antara garis kemiskinan di bandar dan di luar bandar – masing-masing RM663 dan RM657 — adalah tidak masuk akal.

“Perbezaan sebanyak RM6 ini dilihat tidak masuk akal kerana yang kita sedia tahu kos perbelanjaan di bandar adalah tinggi. Pada pendapat saya. pengiraan sewa dan pengangkutan tidak dimasukkan,” kata beliau yang juga penasihat ekonomi kepada setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

Menurutnya, pengiraan Pendapatan Garis Kemiskinan ( PGK) sekarang yang melibatkan lima anggota keluarga tidak bersesuaian kerana angka PGK itu rendah jika di bahagikan dengan garis kemiskinan pada masa ini.

“Sepatutnya garis kemiskinan itu melibatkan individu perseorangan seperti yang dibuat oleh negara-negara lain. Kini garis kemiskinan adalah RM691 untuk seluruh negara maka bila dibahagi setiap seorang adalah RM138,” katanya

Menurut Tony lagi, kaedah pengiraan PGK perlulah bersesuaian dengan keadaan semasa supaya masalah diteliti dengan lebih mendalam dan maklumat yang dipakai, telus.

Bagi mengatasi masalah ini, Tony mencadangkan supaya ditubuhkan sebuah badan bebas yang terdiri dari ahli akedemik, bagi menentukan PGK dan bukan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Cara pengiraan garis kemiskinan ini perlulah dirombak semula dan seharusnya diwujudkan sebuah badan bebas yang diberi dana oleh kerajaan dan dianggotai ahli akedemik agar permasalahan ini boleh diteliti dengan lebih mendalam,” katanya.

Perlu bantuan

Menurutnya, garis kemiskinan yang tidak menjelaskan keadaan sebenar, dapat memberikan implikasi yang besar kepada mereka yang memerlukan bantuan dari kerajaan berikutan dengan kadar kemiskinan yang rendah.

“Jika saya berpendapatan RM800 dan tinggal di bandar, maka kiranya saya tidak tergolong dalam mereka yang miskin.

Ini tidak menggambarkan situasi yang sebenar kerana dilihat mereka yang tinggal di bandar terpaksa membayar sewa, pengangkutan dan lain-lain. Oleh itu, saya tidak dapat bantuan yang disediakan kerajaan,” katanya.

Menurut Pua lagi, keadaan itu akan menggagalkan usaha kerajaan membasmi kemiskinan di mana keadaan yang sebenar tidak diperlihatkan berikutan keadah pengiraan PGK yang tidak sesuai.

“Garis kemiskinan yang ada sekarang mengaburkan pandangan rakyat di mana PGK yang rendah memperlihatkan kadar kemiskinan rendah dan keadaan ini sama sekali tidak benar.

“Jika definisi garis kemiskinan ini tidak benar maka usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan tidak akan berjaya,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s