2,000 ketua cawangan Umno Johor jumpa PM

Kira-kira 2,000 ketua cawangan di Johor akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selama dua hari, mulai esok.

Majlis bersama pemimpin itu akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Johor mempunyai bahagian terbanyak – 26 bahagian – dengan 2,013 cawangan dan jumlah ahli teramai – 446,189 orang.

Beberapa pemimpin bahagian Umno di Johor ketika dihubungi mengesahkan pertemuan tersebut dibuat atas jemputan Abdullah yang juga presiden Umno.

Pemerhati politk melihatnya sebagai satu perkembangan yang menarik kerana pertemuan itu diadakan kira-kira sebulan daripada tarikh mesyuarat cawangan bermula pada 17 Julai.depan.

Johor adalah antara negeri yang dianggap ‘bergolak’ selepas Umno kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu.

Terlepas tujuh kerusi

Johor yang selama ini dianggap sebagai kubu kuat Umno telah dapat ditembusi oleh pembangkang apabila terlepas enam kerusi Dewan Undangan Negeri kepada PAS dan DAP.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, PAS menang dua kerusi DUN manakala DAP pula menang empat kerusi DUN. DAP juga memenangi satu kerusi Parlimen.

PAS memang di DUN Sungai Abong dan Maharani manakala DAP menang di DUN Sekudai, Bentayan, Mengkibol dan Senai. DAP juga menang kerusi Parlimen Bakri.

Dalam pilihanraya umum itu juga, Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa apabila memenangi 140 kerusi Parlimen tetapi gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Umno sendiri tewas 38 daripada 117 kerusi Parlimen yang ditandinginya. Umno menang 79 kerusi berbanding 109 kerusi yang dimenanginya pada 2004.

Ekoran itu, pelbagai pihak – yang paling lantang ahli Umno dari Johor – telah menggesa Abdullah meletak jawatan sebagai bertanggungjawab terhadap kekalahan tersebut.

Pertahan jawatan

Mereka mahu peralihan kuasa dilaksanakan dengan Abdullah menyerahkan kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah beberapa bahagian Umno telah mengadakan mesyuarat tergempar, termasuk bahagian Batu Pahat di Johor, sebelum Majlis Tertinggi (MT) melarang bahagian-bahagian berbuat demikian.

Oleh itu, pemerhati politik menyifatkan pertemuan dua hari Abdullah dengan ketua-ketua cawangan dari Johor adalah untuk ‘menenangkan’ keadaan’ sebelum mereka mula bermesyuarat bulan depan.

Ini kerana mesyuarat kali ini membabitkan pemilihan parti di peringkat cawangan, bahagian dan di peringkat tertinggi termasuk pemilihan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan ahli MT.

Calon presiden memerlukan 30 peratus atau 58 pencalonan dari 191 bahagian Umno, timbalan presiden (20 peratus atau 38 pencalonan), naib presiden (10 peratus atau 19 pencalonan) manakala MT pula ialah 5 peratus atau 10 pencalonan.

Abdullah telah mengumumkan minggu lalu bahawa beliau akan bertanding mempertahankan jawatan presiden yang disandangkan dalam pemilihan Umno Disember depan.

Manakala Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah juga telah mengumumkan kesediaannya untuk dicalonkan bertanding jawatan presiden.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s