Dilema Pemuda PAS dan istana Selangor

Posted by SM Maulana

JUN 20 — “Jika kamu bertemu dengan kemungkaran, cegah dengan tangan (kuasa), jika tidak ada kuasa, cegah dengan perkataan dan selemah-lemah iman adalah benci (kemungkaran itu) di dalam hati.”

Ini adalah hadis yang menjadi pegangan PAS. Dan inilah yang mesti dilakukan oleh pemimpin PAS dalam apa-apa situasi pun. Inilah yang diajar oleh tok-tok guru dalam PAS kepada ahlinya. Tugas mencegah kemungkaran dari perspektif mereka sangat. Cuma apakah tindakan yang hendak diambil apabila berdepan dengan sesuatu isu.

Yang terbaru bila bertemu dengan isu Ratu Rock. Ella dan Ratu Gelek, Mas Idayu yang akan membuat persembahan dalam konsert sempena perlawanan bola di Stadium Shah Alam Jumaat ini.

Konsert ini pula akan ditonton oleh kira-kira 10,000 pelajar sekolah kerana menurut penganjurnya, Datuk Abdul Karim Munisar, 10,000 tiket percuma telah diberikan kepada sekolah-sekolah seluruh Selangor.

Siapa Ella dan siapa Mas Idayu. Rasanya, kebanyakan rakyat Malaysia khasnya pelayar internet kenal dengan mereka. Tambahan lagi dengan satu laporan yang pernah dibuat terhadap Ella. Pendek kata, kedua-dua mereka bukan tokoh yang baik untuk menjadi idola rakyat Selangor.

Bertolak dari situlah, saya yakin, inilah yang dilakukan oleh Pemuda PAS di Selangor dalam menyatakan bantahan mereka. Mereka menghantar memorandum kepada pejabat Menteri Besar. Bagi mereka, membiarkan Ella dan Mas Idayu memberikan persembahan terbuka kepada kanak-kanak sekolah bakal memberikan impak negatif kepada mereka dan ini adalah satu kemungkaran yang perlu dicegah dengan sebaik mungkin.

Bukan soal anti hiburan. Jika anti hiburan, mereka akan menentang konsert ini secara keseluruhannya. Tetapi mereka memohon agar kedua-dua artis ini dikeluarkan dari senarai artis yang membuat persembahan di majlis itu nanti.

Yang menjadi persoalan kini, sejauh manakah bantahan ini akan pergi jika persembahan kedua-dua artis itu diteruskan. Sedangkan, dengan jelas, pihak yang paling sensitif dengan isu ini adalah Sultan Selangor sendiri.

Sultan Selangor, sebagaimana laporan media, sangat murka dengan Pemuda PAS. Baginda, melalui Menteri Besar dikatakan memanggil Pemuda PAS untuk mengadap baginda bagi membincangkan isu ini.

Saya difahamkan, Lajnah Politik PAS yang bersidang beberapa hari lepas telah turut membincangkan isu ini. Hasilnya, hadis yang saya sebut di ataslah yang menjadi sandaran mereka.

Bagi mereka, Pemuda PAS sudah menyatakan bantahan mereka dengan jelas apabila menghantar memorandum kepada MB Selangor memohon agar kedua-dua artis itu tidak dibenarkan membuat persembahan di majlis itu.

Persoalannya adalah, penganjur majlis ini adalah Kumpulan Darul Ehsan Berhad – KDEB yang dimiliki oleh kerajaan negeri Selangor

Inilah dilema PAS. Menentang kemungkaran dengan segala yang mampu atau memahami dan menginsafi real politik yang berlaku dalam negara ini. Istana adalah pihak yang mempunyai status tersendiri dalam politik Malaysia.

Selepas Pemuda PAS menghantar memo kepada MB Selangor, Sultan Selangor, sebagaimana laporan sebuah media, telah menunjukkan kemarahannya terhadap PAS. Antaranya baginda telah mengugut akan membawa perlawanan bola antara Selangor dan Singapura, yang dianjurkan serentak dengan konsert itu ke Singapura.

Baginda juga melalui MB Selangor, telah menitahkan Pemuda PAS menghadap baginda untuk membincangkan bantahan Pemuda itu.

Saya difahamkan, Pemuda PAS menyandarkan tindakan mereka berdasarkan garis panduan program hiburan yang dikeluarkan oleh Jakim sendiri. Jika kerajaan negeri tidak mematuhi garis panduan itu, siapa lagi pihak yang mematuhinya. Kalau pergi lebih dalam lagi, jika Sultan Selangor yang menjadi ketua agama Islam di Selangor tidak mematuhi garis panduan itu, siapa lagi yang bakal mematuhinya.

Namun semuanya bakal menjadi dilema. Jika salah diuruskan, ia bakal mengulangi sejarah penubuhan kerajaan negeri di Perlis dan Terengganu.

Mungkin atas dasar itulah, panduan yang diberikan oleh Lajnah PAS adalah sebaik-baik pendekatan. Semua tahu PAS sudah melahirkan sikapnya membantah konsert itu dan yang mempertahankan konsert itu adalah istana. Maka terlepaslah sudah tanggungjawab Pemuda PAS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s