Implikasi Cadangan Undi Tidak Percaya

SAMBIL kita terus berbincang mengenai sindrom koro yang sangat merisaukan dalam posting 17 Jun, elok kalau saya sebut sikit mengenai cadangan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Pada pandangan saya, sama ada cadangan Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party – SAPP) itu berjaya diusulkan atau tidak di Parlimen Isnin ini tidaklah terlalu penting.

Yang penting adalah wujudnya tahap ketidakpercayaan yang begitu tinggi terhadap Pentadbiran Abdullah sehingga satu tindakan yang begitu keras dan kasar tergamak difikirkan oleh sebuah parti komponen Barisan Nasional sendiri.

SAPP yang memutuskan untuk mengemukakan usul itu pasti tahu bahawa tindakan itu bukanlah mudah untuk dilaksanakan apatah lagi untuk mencapai kejayaan.

Seluruh jentera parti, kerajaan dan propaganda rasmi akan digembleng bagi menggagalkan percubaan itu dan menongkat Pentadbiran Abdullah yang condong.

Kita sudah pun membaca, mendengar dan melihat daripada media massa arus perdana bagaimana pelbagai pihak yang bergantung nasib kepada Abdullah telah berikrar menyokong beliau dan menggagalkan percubaan SAPP itu.

Pengikut setia Abdullah seperti Naib Presiden Umno, Mohd Ali Rustam, misalnya menyifatkan tindakan paling tepat terhadap SAPP adalah memecatnya daripada BN.

Saranan seperti inilah yang ditunggu-tunggu oleh SAPP. Ia mahu dipecat daripada BN supaya bebas daripada kongkongan Kuala Lumpur atau sebagai langkah awal menyertai Pakatan Rakyat secara rasmi.

Usaha juga pasti dilakukan untuk menggagalkan usul itu daripada dibentangkan. Ini sudah menjadi amalan Parlimen Malaysia. Apatah lagi cadangan ini menyentuh kedudukan Perdana Menteri.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia berkata sama ada usul seperti itu diterima untuk dibahaskan “terpulang kepada Speaker… iaitu sayalah.”

Harapan SAPP yang mempunyai hanya dua orang anggota dalam Dewan Rakyat berjaya mengemukakan usul itu adalah tipis apatah lagi untuk memperoleh sokongan yang cukup daripada ahli dewan.

Walaupun dua wakilnya itu mengundi tidak percaya terhadap Abdullah dengan disokong oleh kesemua 82 ahli pembangkang, Abdullah masih boleh mempertahankan kedudukannya dengan mudah kerana dia mempunyai 140 ahli dalam dewan.

Saya tidak menjangka ada ahli BN, biar sedalam mana pun ketidakyakinan mereka terhadap Abdullah, akan menyokong usul pembangkang.

Melainkan mereka menderita serangan koro yang sangat hebat, mereka akan diwajibkan oleh “tukang rotan” (whip) BN supaya hadir dan mengundi menolak usul itu.


READ MORE HERE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s