Kerana bertudung: Dua penyokong Obama diarah berpindah tempat duduk

PENGURUS kempen calon Presiden Amerika Syarikat (AS) untuk Parti Demokrat, Senator Barack Obama kelmarin memohon maaf kepada dua wanita Muslim yang diarahkan berpindah dari belakang podium dalam satu kempen di Detroit dan Michigan.

Dua wanita itu diminta beralih tempat kerana pekerja sukarela tidak mahu tudung yang dipakai oleh kedua-dua wanita berkenaan disiarkan dalam gambar atau imej televisyen.

Seorang jurucakap pengurus kempen Obama berkata, tindakan itu bertentangan dengan komitmen beliau yang mahu menyatupadukan rakyat AS.

Dalam dua insiden di Detroit dan Michigan yang mempunyai ramai penduduk Islam pada Isnin lalu, wanita yang memakai tudung tidak dibenarkan duduk di belakang Obama.

Salah seorang wanita itu, Hebba Aref, 25, berkata, dia hadir ke perhimpunan itu untuk memberikan sokongan kepada Obama tetapi seperti menjadi mangsa diskriminasi oleh seseorang yang sepatutnya membawa perubahan.

“Mesej yang saya terima melalui kejadian itu adalah mereka tidak mahu Obama dikaitkan dengan orang Islam atau menyokong Islam,” katanya.

Seorang lagi wanita, Shimaa Abdelfadeel berkata, dia telah dimaklumkan bahawa tiada siapa yang menggunakan penutup kepala termasuklah topi dan tudung dibenarkan berada di belakang pentas.

Bagaimanapun, wanita itu beranggapan larangan tersebut bukanlah satu serangan terhadap agamanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s