Palanivel: Dr M harus ingat asal usulnya

Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel hari ini menegur mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menuduh presiden parti itu, Datuk Seri S Samy Vellu sebagai seorang yang rasis dan berkata kenyataan seumpama itu boleh meningkatkan lagi sentimen perkauman.

Dalam satu kenyataan hari ini, Palanivel juga berkata, komen mantan perdana menteri itu mengenai Hindraf adalah tidak tepat dan tidak sensitif terhadap sentimen kaum India di negara ini.

g palanivel”Adalah menyedihkan bahawa Dr Mahathir tidak menyedari hakikat bahara Hindraf bukan sahaja terdiri daripada orang Tamil tetapi juga termasuk orang bukan Tamil dan malah bukan penganut Hindu,” katanya.

“Dr Mahathir tersilap apabila berkata pemimpin Hindraf hanya mewakili kaum Tamil sahaja,” kata Palanivel mempertahankan Samy Vellu yang menyokong gesaan supaya dibebaskan lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA .

Palanivel juga berkata, Dr Mahathir harus ingat kepada “asal usulnya” sebelum membuat kenyataan seumpama itu. Nenek moyang Dr Mahathir berasal dari selatan India.

mahathir mohamad 180108Beliau juga menegaskan bahawa Dr Mahathir “gagal melihatkan gambaran yang besar” dalam keghairahannya mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Samy Vellu.

Katanya, kesedaran politik rakyat sudah semakin meningkat dan Dr Mahathir seharusnya tahu bagaimana mereka melihatnya.

Oleh itu, katanya, Dr Mahathir tidak sepatutnya membuat kenyataan yang tidak berasas.

Katanya, masyarakat sivil bersama-sama memperjuangkan lebih kebebasan dan rakyat pelbagai bangsa juga percaya bahawa ISA adalah undang-undang yang menyekat proses demokrasi.

Dr Mahathir membuat teguran terhadap Samy Vellu itu dalam blognya semalam, kerana mendesak kerajaan supaya membebaskan pemimpin Hindraf yang menurutnya mewakili rasis Tamil yang bermotif seperti Tamil Tigers di Sri Lanka.

Dengan bersimpati dengan Hindraf, Dr Mahathir berkata, Samy Vellu telah mendedahkan sentimen rasisnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s