Polis paksa dua tahanan seks oral

Empat didakwa didera oleh polis Kajang baru-baru ini, termasuk dipaksa mengadakan seks oral, disembur racun pembunuh nyamuk di bahagian muka dan menjilat kasut anggota polis.

Lima orang, termasuk keempat-empatnya, ditahan mulai 29 Mei lalu dan direman selama lapan hari di ibu pejabat polis daerah Kajang.

Tarikh tepat penderaan tidak dinyatakan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini tetapi mereka dipercayai didera dalam tempoh reman tersebut.

Kejadian itu kemudian diadukan kepada majistret Kajang sewaktu mereka dibawa untuk lanjutan tempoh tahanan reman pada hari kelima.

Susulan itu, apabila dibawa ke balai polis kemudiannya, mereka didakwa dipukul lagi.

Kejadian ini dilaporkan oleh bapa seorang tahanan yang mendakwa mengalami deraan seksual tersebut.

Beliau diwakili oleh peguam Kartigesan Shamugam.

Dua, termasuk seorang suspek bawah umur, dipaksa melakukan seks oral antara satu lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s