Sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat, rakyat dijemput sertai

KETUA Umum KeADILan, Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan kemuncak dalam perhimpunan rakyat sempena sambutan 100 hari pentadbiran kerajaan pakatan rakyat negeri Selangor di Stadium Utama, Shah Alam, malam ini.

Selain Anwar, Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Perak Ir Nizar Jamaluddin dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng atau wakil mereka akan turut menghadiri perhimpunan ini.

Perhimpunan dijangka dimulakan dengan solat magrib dan diikuti dengan solat hajat seterus ucapan dimulakan dengan ucaptama Khalid Ibrahim diikuti pimpinan lain. Selain itu, terdapat juga expo diperkarangan stadium yang dimulakan pada awal pagi.

Seluruh rakyat dijemput menghadiri stadium Shah Alam esok bagi memeriahkan sambutan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s