SAPP bincang usul tidak percaya

Posted by SM Maulana
kemaskini 3:41pm Parti Progresif Sabah (SAPP) sedang mengadakan mesyuarat majlis tertingginya bagi membincangkan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri seperti dikemukakan oleh presidennya Datuk Yong Teck Lee.

Pertemuan itu, yang bermula jam 10 pagi tadi, di ibu pejabatnya di Kota Kinabalu dipercayai akan menyaksikan ketegangan antara Yong dengan timbalannya Datuk Raymond Tan, yang juga timbalan ketua menteri Sabah.

Setakat jam 3.30 petang, mesyuarat ini masih berjalan walaupun pada asalnya sidang media dijadual pukul 2 petang tadi.

Tan mengecam keputusan Yong itu, dengan menyatakan beliau berasa “keliru dan malu” dengan tindakan partinya, satu daripada komponen BN yang dipengerusikan Abdullah.

Tan juga mendakwa majlis tertinggi tidak dirujuk terlebih awal berhubung perkara tersebut dan mendakwa usul tidak percaya tersebut tindakan politik Yong sahaja.

Difahamkan Yong mendapat sokongan empat daripada enam wakil rakyat SAPP untuk menyokongnya.

Kedua-dua pemimpin itu dilaporkan mengadakan pertemuan empat mata kira-kira sejam sebelum mesyuarat majlis tertinggi parti yang melibatkan hampir semua 35 anggota.

Timbalan-timbalan presiden SAPP Datuk Eric Majimbun, yang juga ahli parlimen Sepanggar, dan Datuk Liew Teck Chan, ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi Likas, tidak hadir kerana berada di luar negara.

Tiga wakil rakyat parti antara yang dilaporkan hadir: ahli parlimen Tawau Datuk Dr Chua Soon Bui; Adun Luyang, Melanie Chia, dan Adun Elopura, Au Kam Wah.

Sementara itu, Yong (foto, duduk tengah) dilaporkan sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam satu kes rasuah membabitkan RM5 juta yang didakwa dilakukan ketika beliau sebagai ketua menteri Sabah.

Ketua pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan memberitahu Utusan Malaysia hari ini, badan itu sedang menyiasat pembabitan Yong susulan satu pendedahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Mahkamah diberitahu Yong telah mengarahkan pembayaran lebih RM5 juta hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan Sabah kepada ejen pilihannya pada 1996.

Bekas pengarah Briskmark Enterprise Sdn Bhd, Datuk Wasli Mohd Said berkata, semasa beliau menjadi pengurus besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS), beliau berjumpa bekas ketua menteri itu di pejabatnya untuk memberikan taklimat mengenai cadangan pengambilalihan pengurusan 40 peratus saham Sapi Plantation milik lembaga tersebut.

Wasli berkata, menurut laman web akhbar itu, peguam yang mewakilinya William Cheah mencadangkan penubuhan syarikat (Briskmark) untuk dijadikan wadah bagi dana politik dan peguam itu memintanya memberikan taklimat kepada ketua menteri berhubung perkara itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s