Ex-gratia: Senator kesal Dr M diburuk-burukkan

Seorang senator kesal kerana pembayaran ex-gratia kepada enam bekas hakim yang dipecat ketika krisis kehakiman 20 tahun lalu, diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk memburuk-buruk mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Senator Datuk Syed Ali AlHabshee ia juga turut membuka ruang dan peluang kepada pihak lain untuk melakukan perkara yang sama.

Katanya, mereka berbuat demikian seolah-olah Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri telah banyak melakukan kerosakan terhadap negara.

Perbuatan golongan tersebut, tambah Syed Ali menunjukkan soalah-olah Dr Mahathir tidak langsung membuat jasa kepada bangsa, agama dan negara ketika berkuasa, demikian menurut laporan Bernama.

Di samping itu, belia juga hairan mengapa kerajaan berahsia mengenai jumlah bayaran ex-gratia yang dibayar kepada enam bekas hakim yang dipecat ketika krisis kehakiman 20 tahun lepas.

Senator Datuk Syed Ali AlHabshee berkata, rakyat berhak mengetahui jumlah sebenar wang yang digunakan untuk membayar ex-gratia tersebut.

Sehubungan itu, Syed Ali berkata kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan kepada umum, jumlah bayaran ex-gratia itu secara terperinci kerana ini melibatkan wang rakyat.

Wang rakyat

Beliau dipetik oleh Bernama sebagai berkata, setiap kali Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim menyerahkan cek ex-gratia kepada bekas hakim atau warisnya, beliau enggan mengumumkan amaun cek yang diberikan atas alasan menghormati permintaan keluarga bekas hakim berkenaan.

“Persoalannya, wang yang digunakan untuk membayar ex-gratia itu merupakan wang rakyat dan bukan wang individu tertentu yang tidak perlu didedahkan.

“Tidak dapat dinafikan keenam-enam bekas hakim berkenaan telah berjasa kepada negara namun rakyat berhak tahu dan tidak ada sebab kerajaan perlu merahsiakan amaunnya,” tegasnya.

Pada 18 April lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bayaran ex-gratia kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Salleh Abas dan bekas Hakim Mahkamah Agung Datuk George Seah serta Tan Sri Suleiman Pawanteh yang dipecat daripada jawatan, 20 tahun lalu.

Bayaran ex-gratia itu juga akan dibayar kepada Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Azmi Kamaruddin dan Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh.

Hari ini Zaid menyerahkan bayaran ex-gratia kepada Mohd Salleh di rumah bekas Ketua Hakim Negara itu di sini.

Syed Ali juga kesal pembayaran ex-gratia itu diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk memburuk-buruk bekas Perdana Dr Mahathir Mohamad sehingga ini membuka ruang dan peluang kepada pihak lain untuk melakukan perkara yang sama.

Beliau berkata mereka berbuat demikian seolah-olah Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri telah banyak melakukan kerosakan terhadap negara dan juga soalah-olah Dr Mahathir tidak langsung membuat jasa kepada bangsa, agama
dan negara ketika berkuasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s