MAS-Air Asia diminta berhenti berbalah

Oleh Berita Harian
Sabtu, 21 Jun 2008

ALOR STAR: Penerbangan Malaysia (MAS) dan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia digesa memfokus perkhidmatan ditawarkan kepada pelanggan dan menghentikan perbalahan antara mereka.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lajim Ukin, berkata tindakan tidak profesional yang ditunjukkan oleh kedua-dua syarikat itu bukan saja mencemar imej syarikat berkenaan, malah merugikan negara.

Beliau berkata, permasalahan yang wujud antara kedua-dua syarikat penerbangan itu perlu diselesaikan secara berhemah menerusi rundingan tiga pihak, termasuk kementerian dan bukannya menggunakan media sebagai perantara bagi mengemukakan rasa tidak puas hati masing-masing.

“Tuduh-menuduh secara terbuka membabitkan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Tony Fernandez dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Idris Jala menerusi media perlu dihentikan serta-merta kerana perbuatan itu mengundang tanggapan negatif rakyat dan pelanggan kedua-dua syarikat.

“Saya minta kedua-dua pihak menghentikan pertelingkahan mereka menerusi media kerana kedua-duanya syarikat penerbangan tempatan.

“Walaupun kita menggalakkan persaingan, AirAsia dan MAS perlu mengambilnya dari sudut positif, bukan bertindak sehingga merugikan rakyat dan negara,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s