Paramedik bergaduh: Stesen Petronas jadi mangsa

Posted by SM Maulana

Oleh Bernama
Sabtu, 21 Jun 2008

BANGKOK: Tiga orang cedera apabila sebutir bom buatan sendiri meletup di stesen Petronas di Bangkok ketika berlaku pergaduhan antara dua anggota pasukan penyelamat paramedik yang berbalah.
Dalam insiden pada 3.30 pagi itu, seorang petugas setempat Petronas, seorang pengguna jalan yang berhenti untuk bertanyakan arah dan seorang anggota pasukan penyelamat itu cedera di stesen berkenaan yang terletak di jalan Ekkamai-Ram Intra.

Seorang jurucakap polis berkata insiden itu berlaku ekoran salah faham antara kedua-dua kumpulan berbalah itu di lokasi lain.

“Sebuah daripada pasukan penyelamat berhenti di stesen itu. Selepas itu, sebuah kumpulan lain tiba dan melontarkan bom buatan sendiri,” katanya sambil menambah pergaduhan serupa pernah berlaku antara kumpulan paramedik yang berlainan sebelum ini.

Jurucakap itu berkata insiden terbabit tidak mempunyai kaitan dengan perkembangan politik semasa apabila beribu-ribu penunjuk perasaan berkumpul di luar Rumah Kerajaan untuk mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Samak Sundaravej.

Petronas mempunyai kira-kira 118 stesen di Thailand.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s