Petisyen Parlimen Titiwangsa: Dr Lo Lo menang ‘pusingan pertama’

Posted by SM Maulana

Oleh KLpos
KL: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bantahan-bantahan awal yang dibangkitkan oleh barisan peguam YB Dr. Lo’Lo’ Hj Mohd Ghazali (PAS) dan seterusnya menolak Petisyen Pilihanraya yang difailkan oleh Mohd Lilansah Bin Idris (Pempetisyen) terhadap Ahli Parlimen Titiwangsa.

Dalam penghakiman lisannya yang dibuat pada jam 11.30 pagi ini, Yang Arif Zaharah Bt Ibrahim, Hakim Mahkamah Tinggi berpuas hati dengan hujahan-hujahan peguam YB Dr.Lo’Lo’ dan menerima empat daripada enam bantahan-bantahan awal yang dikemukakan.

Mahkamah mendapati bahawa ketidakpatuhan pempetisyen terhadap peruntukan-peruntukan mandatori di bawah Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihanraya 1954 dan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, menjadikan Petisyen tersebut defektif dan memprejudiskan Responden.

Pempetisyen telah mendakwa bahawa poster, banting dan papan iklan yang dicetak, diterbit dan dipaparkan secara meluas di bahagian pilihanraya P119 Titiwangsa dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, tidak mempunyai nama dan alamat pencetak atau penerbit.

Dalam Notis Usul yang difailkan oleh peguam YB Dr. Lo’Lo’ , enam bantahan awal berkenaan ketidakpatuhan terhadap prosedur dan peruntukan undang-undang dalam memfailkan Petisyen Pilihanraya telah dikemukakan untuk perbicaraan.

Mahkamah bersetuju bahawa segala ketidakpatuhan tersebut adalah suatu yang serius dan seterusnya memutuskan untuk membatalkan Petisyen tersebut dengan kos.

Walau bagaimanapun, pempetisyen mempunyai masa selama 14 hari untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah tersebut.

Pempetisyen diwakili oleh En.Shahul Hameed dan Cik Sonia, sementara barisan peguam YB Dr.Lo’Lo’ diketuai oleh En. Hanifa Maidin, Hj Radzi, Hj Muhammad Burok, En. Zulkarnain, En Syed Zakaria, En. Ahmad Zamri dan En. Reza Hassan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s