SAPP-BN: Cerita dari pihak Raymond Tan

Posted by SM Maulana

Oleh Bernama
Sabtu, 21 Jun 2008

KK: Keputusan Parti Maju Sabah (SAPP) bagi meneruskan rancangannya untuk menggesa undi ‘tidak percaya’ terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bukanlah dibuat sebulat suara memandangkan beberapa pemimpin parti berkenaan membantah tindakan itu, kata Timbalan Presidennya Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Tan, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata beliau dan Ketua Pemuda parti dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Elopura, Au Kam Wah, adalah antara pemimpin yang menyuarakan bantahan keras terhadap tindakan itu semasa mesyuarat majlis tertinggi parti itu di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat menyatakan dengan pasti jumlah pemimpin yang tidak menyokong usul itu kerana beliau mendakwa keputusan itu dibuat bukan dengan mengangkat tangan.

“Majlis tertinggi tidak bersetuju sepenuhnya. Ada pandangan yang membantah,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Presiden parti Datuk Yong Teck Lee memberitahu sidang akhbar selepas mesyuarat berkenaan bahawa keputusan berhubung usul itu dicapai ‘sebulat suara.’

Tan, seorang daripada tiga Timbalan Presiden SAPP, berkata beliau telahpun merangka satu perkara untuk dimasukkan ke dalam agenda mesyuarat supaya majlis tertinggi tidak meneruskan usul berkenaan dan semasa mesyuarat itu, beliau cuba memberikan sebab kenapa mereka tidak patut melakukannya.

“Anda tidak boleh mengatakan kami kekal dalam BN tetapi anda mahu menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri,” katanya, bagaimanapun beliau mendakwa Yong hanya mahu setiap orang supaya bersetuju dengannya.

Sehubungan itu, Tan berkata beliau dan Au melangkah keluar dari bilik persidangan sebelum sidang akhbar bermula sebagai menunjukkan perselisihan pendapat dengan Yong.

Tan juga berkata beliau lebih suka SAPP “meneruskan perjuangannya dalam lingkungan gabungan pemerintah”.

“Tindakan berbuat begini (menyokong usul tidak percaya terhadap Abdullah) sama seperti menyokong Anwar (Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan saya tidak boleh mempersetujuinya,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s