Siapa Menteri UMNO jumpa Anwar di Singapura?

Posted by SM Maulana

Oleh Mohd Sayuti Omar – KLpos

SEBUAH berita yang masih terbungkus dan menjadi misteri, seorang menteri Kabinet telah menemui Anwar Ibrahim di Singapura beberapa minggu lepas.

Apa yang dibincangkan tidak diketahui tetapi pertemuan antara kedua mereka yang merupakah sahabat baik tentu ada rahsia tersendiri.

Anwar telah pun mendedahkan pertemuan berkenaan tetapi tidak menyebut secara jelas.

Anwar hanya membayangkan seorang menteri Kabinet dan ramai yang mempunyai telahan ianya adalah dari MCA.

Tidak! Menteri yang dikatakan menemui Anwar itu bukan dari MCA tetapi dari Umno.

Seorang ahli korporat yang turut berada di Singapura ketika itu dalam rangka mengajurkan satu sesi temu press (sidang akhbar) Anwar dengan para ahli perdagangan dunia mengesahkan akan pertemuan berkenaan.

“Saya tidak pasti apakah mereka telah membuat temu janji lebih awal, tetapi menteri berkenaan memang menginap di hotel sama dengan Anwar dan saya nampak mereka berlalu dari satu tempat berdua-duaan,” kata ahli koprorat berkenaan buila ditanya mengenai hal itu.

Kebetulan ahli koporat berkenaan menghubungi saya lewat petang tadi untuk bertukar fikiran berhubung perkembangan politik di Sabah.

Tambah ahli korporat itu Anwar telah menyebut secara sepintas lalu berhubung peristiwa itu dan sudah pasti akan didedahkan tidak lama lagi.

Bagi ahli korporat berkenaan pertemuan menteri Kabinet berkenaan penuh bermakna dalam keadaan sekarang ini dan ianya men jadi perhatian.

“Saya memang mengenalinya tetapi tidak mahu mengulas mengenai perkara ini. Biarlah sama-sama kita tunggu,” katanya lagi sambil turut menolak telahan bahawa seorang menteri Kabinet dari MCA yang berjumpa Anwar itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s